Tuesday, February 25, 2014

Bab 6

BAB 6
Jemy masih tidak berkelip memandang Aira yang sudah menunduk, nak ketawa pun ada.
            “Korang tak ada kerja ke?” Sergah Jemy bila dia perasan pekerja-pekerjanya yang mencuri dengar perbualannya dengan Aira di sebalik tirai hitam dalam studio itu. Bertempiaran mereka bila disergah begitu.
            “Aku tak buka job sini!” Jemy berlalu menuju ke meja yang menempatkan desktop dan beberapa kamera.
            Aira kebinggungan. Dah agak dah, memang ni layanan yang akan diterimanya dari lelaki sengal ni! Hisy, tak boleh nak dibawa berbincang langsung!
            Jemy mencapai majalah fashion, majalah tersebut diselak beberapa helaian, hujung matanya sempat menangkap wajah sayu gadis tinggi lampai yang masih berdiri di hadapannya. Ermm, boleh tahan jugak dia ni. Cantik!
            “Saya tak kisah nak buat kerja apa pun, yang penting saya boleh berada di sini.” Jelas Aira dengan bersungguh-sungguh.
            Jemy masih berdiam diri. Majalah di tangan dilepaskan, kamera DSLR jenama Nikon yang sentiasa dibawa kemana saja kini digapai. Satu persatu gambar ditatap.
            “Awak kasi je kerja apa, saya akan buat. Please..” Aira enggan berputus asa, geram jugak bila melihat Jemy yang hanya membatu dari tadi. Aira mula mengeluh geram, macam tak wujud je aku kat sini.
            “Jemy..” tangan Jemy terhenti menekan butang kameranya, dia menoleh sekilas kearah Aira yang memanggil namanya perlahan. Hanya seketika, dia kembali pada kameranya. Kini dia tersenyum sendiri, gambar gadis yang ditatapnya kini mengundang senyumnya. Ya, gambar Aira yang ditangkapnya sebulan yang lepas! Gambar yang merapatkan hubungannya dengan gadis itu. Betul ke rapat? Jemy masih tersenyum sendiri, gambar-gambar tersebut menarik perhatiannya. Pelbagai aksi Aira yang sempat ditangkapnya, gambar gadis itu yang sibuk membetulkan rambut, tak kurang juga aksi gadis itu membersihkan mukanya.
            “Setuju ke tidak? Janganlah diam je..macam tunggul pulak saya” Aira mula hilang sabar, kakinya dihentakkan sedikit tanda geram dengan sikap Jemy yang buat tak tahu je dengan kehadirannya.
            “Tak.” Jemy menjawab ringkas, lalu kembali menatap kameranya.
            “Pertimbangkanlah dulu. Janganlah terus reject saya macam tu je..” Aira mendengus geram, muncungnya sudah dipanjangkan.
            “Aku tak ada hati nak ambik kau apatah lagi nak mempertimbangkan. Faham!”
            Aira mengeluh hampa. Hancurlah impiannya untuk mengenali lebih rapat bidang yang amat diminatinya itu. Tujuannya memohon kerja di tempat lelaki sengal tu semata-mata kerana minatnya untuk menjadi model. Tak dapat jadi model, tengok model pun jadilah!
            “Abang Jemy, bukannya minggu lepas Abang Jemy bercadang nak cari orang gantikan tempat Nad. Nad last bulan ni tau.” Nadia mula menyampuk. Lupa kot bosnya itu, dia sudah maklumkan awal pada Jemy yang dia akan berhenti kerja kerana terpaksa mengikut suaminya yang dipindahkan ke Kelantan.
            Jemy menggeleng perlahan. Tangannya pantas memicit dahinya.
            “Betul tu!” Aira menyokong. Matanya mula bersinar, tak semena dia tunduk memandang Jemy yang mencangung kepalanya di atas meja.
            “Bolehlah..” Rayu Aira, tangan Jemy digoyang lembut. Tersentak Jemy dengan perlakuan itu, namun tidak pula dia menarik tangannya.
            “Hmm? Bolehkan? Ala..bolehlah..” Aira memaniskan mukanya memujuk Jemy.
            “Boleh je lah Jemy, nak cari orang gantikan tempat Nad memang tak sempat.” Sokong Azlan tiba-tiba. Jemy segera menarik tangannya dari pegangan Aira, tak sangka pulak pekerjanya ada di situ.
            “Apa masalah kau? Kau tu bukan tak ada duit tau, anak Tan Sri lagi. Kenapa nak kerja dekat studio kecil aku ni?” Jemy mula bersuara serius.
            “Saya nak cari pengalaman.” Bohong Aira.
            “Pengalaman apa? Pengalaman angkat baju, make up model? Itu pengalaman yang kau nak cari?” Jemy sudah bercekak pinggang, tajam matanya memandang Aira.
            “Terpulanglah, saya yang nak cari pengalaman. Bukan awak!” Jawab Aira berani.
            “Apa?” Makin geram Jemy dibuatnya.
            “Ah! Tak kira, selagi awak tak terima saya, selagi tu saya tak nak balik!” Aira masih berdegil. Dia memberanikan diri menjeling Jemy yang mula membahang tika itu.
            “Jemy, Terima je lah” celah Rahim.
            Jemy mendengus kasar sebelum berlalu, pintu studio dihempas kuat. Aira mencebik kegeraman. Ahh! Sengalnya lelaki tu.Huh! Kalau tak fikirkan impian aku nak jadi model, jangan harap aku nak datang balik menghadap muka lelaki sengal tu.
                                                *****************
JEMY merebahkan diri di atas tilamnya, badannya yang sedikit penat terasa nyaman direhatkan di dalam bilik sambil ditiup kesejukan penghawa dingin. Jemy memandang jarum jam di dindingnya, pukul sebelas setengah malam.
            Hujan di luar mula kedengaran, Jemy mencapai comfoter lalu menyelimut badannya yang sedikit sejuk. Mata dipejam, bersedia untuk beradu.
            “Ah! Tak kira, selagi awak tak terima saya, selagi tu saya tak nak balik!” Jemy membuka semula matanya. Terngiang-ngiang kata-kata Aira siang tadi. Ah! Tak mungkinlah..! Jemy mula menidakkan kata hatinya. Dia kembali menutup matanya.
            “Jemy, aku dah tutup studio ni. Satu lagi, Aira masih tunggu kau dekat luar studio” Jemy mula keresahan. Panggilan telefon dari Azlan beberapa jam tadi turut menganggu ketenanganya. Takkanlah dia...
                                                     **************
AIRA memeluk tubuhnya yang kesejukkan. Dia hanya berteduh di tepi studio, hujan yang menggila mula memukul-mukul badannya. Menggigil Aira dibuatnya.
            “Mama, Sara takkan berputus asa! Sara akan tunaikan impian mama untuk lihat Sara jadi model.” Aira berbicara sendiri, hanya kerana itu dia kemari. Dia ingin menjadi model untuk menunaikan impian ibunya. Demi cinta mamanya pada papa, mama sanggup melupakan hasratnya untuk menjadi model, biarpun pada waktu itu mamanya mendapat tawaran dari pelbagai pertunjukkan fesyen. Aira menyeka airmata yang mula mengalir. Dia tahu, mamanya terlalu banyak berkorban untuk papanya itu, tapi di mana silapnya sehingga.. Aira tidak sanggup memikirkan semua itu. Kehancuran rumahtangga ibu bapanya betul-betul mengecewakannya.
            “Sara sayang mama..” Aira terduduk, lututnya dipeluk rapat sebelum menangis dalam hujan. Rindu pada mamanya hanya mampu disimpan jauh dari sudut hatinya. Kemana mamanya itu menghilang? Dia sendiri pun tidak tahu.
            “Aira..” Aira mendongak sedikit wajahnya. Wajah Jemy kini menghiasi ruang matanya. Terkaku dia seketika, lelaki itu berdiri di hadapannya dengan payung di tangan.
            “Kau bu..” Tersentak Jemy seketika bila Aira sudah berlari kearahnya lalu mendakap kemas tubuhnya. Payung di tangannya juga turut jatuh. Kini dia juga turut dihujani bersama Aira.
            Jemy membuka pintu studio, Aira hanya menurut bila Jemy mengarahnya untuk memanaskan badan dulu sebelum balik.
            “Kau tunggu sini, aku buat teh panas dulu.” Aira hanya mengangguk sebelum melabuhkan punggung di sebuah sofa. Seketika Jemy kembali bersama tuala dan jaket.
            “Keringkan rambut kau tu, nanti demam. Pakai jaket ni dulu.” Jemy menyerahkan tuala dan menyarungkan jaketnya pada badan Aira. Aira hanya tersenyum, baik pula mamat sengal ni.
            Aira membilas rambutnya, kedengaran sesekali Jemy bersin dari arah belakang studio. Kasihan pula aku tengok dia. Ah! Siapa suruh degil sangat tak nak ambik aku kerja, kan dah kena.
            “Nah!” Jemy menyerahkan secawan teh yang masih berasap pada Aira.
            “Thanks..” Tanpa fikir teh tersebut terus dihirup.
            “Aduh!” Aira mengaduh sakit bila lidahnya terasa pedih dek teh panas buatan lelaki sengal tu.
            “Kenapa kau ni cuai sangat!” Marah Jemy tiba-tiba, cawan teh dari tangan Aira dicapai. Aira hanya mengukir senyum.
            “Dah teh tu panas..” jawab Aira perlahan.
            “Kan aku dah cakap panas tadi, takkan nak minum teh ais pulak hujan-hujan macam ni” bebel Jemy. Dia menyambung kembali meniup teh dari cawan Aira.
            “Sorry..” ujar Aira tiba-tiba.
            “Apahal pulak?”
            “Dah susahkan awak..”
            “Memang pun, tak pasal-pasal aku pun mandi hujan sebab kau.”
            “Tapi salah awak jugak”
            “Kenapa pulak?” Jemy masih dengan sikap dinginnya, teh yang diyakini telah sejuk diserahkan kembali pada  Aira.
            “Tiup dulu sebelum minum, jangan nak cuai sangat!” ujar Jemy.
            “Awak ni baik jugak ya..” Aira tersenyum simpul, perlahan dia menghirup teh yang telah disejukkan oleh Jemy.
            “Baru tahu ke?”
            “Yalah, dah awak tak pernah tunjuk! Asyik nak berkerut je dua puluh empat jam.” Balas Aira. Jemy mengukir senyum tiba-tiba.
            “Pandai pun senyum, ingatkan dah kena curi senyuman awak tu.” Sambung Aira lagi. Dia turut ikut ketawa.
            “Cepatlah, aku hantar kau balik!”
            “Saya tak nak balik!”
            “Dah tu? Nak duduk sini ke?” Balas Jemy geram, mulalah perempuan ni nak tunjuk sikap kepala batu dia tu.
            “Saya takkan balik selagi awak tak terima saya bekerja.”
            “Boleh main paksa ke?”
            “Tak kira!” Aira menyandarkan badannya. Jemy pula hanya mampu menggeleng.Degil! Desis Jemy.
            Jemy mengeluh berat, lalu mengangguk perlahan.
            “Betul ke ni?” Aira mula teruja.
            “Esok sharp pukul sembilan mesti sampai.” Arah Jemy.
            “Okey bos! Tapi..”
            “Jangan lambat!” Sambung Jemy lagi. Aira mula ketawa keriangan. Jemy pula dari tadi hanya senyum dengan gelagat Aira yang sentiasa mencuit hati lelakinya.



4 comments:

  1. Nnti akk update yer..tggu..kasi pns dulu.huhuhu

    ReplyDelete
  2. Emma...kak na suka d story...amboi LP..laju je comment..hiks..
    Tp why oh why does it have to be Jang Guen Sok? Hahhaha...mamat ni lembik arrr...muka dia mcm pompuan..jgn marah nooo JGS fans..I luv JGS in Marry Me, Mary with MGY.. <3
    Apapun, I like ur storyline so far...would luv to c more Jemy n Aira..oh and ooopss..I just saw satu character punya nama sama dgn nama my hub...wakakakaa..
    Gud luck, <3

    ReplyDelete
  3. Haha..kak jgn mrh my JGS...sentap ni kak..thanks kak...insyaallah..nnti sya update lg..kalau ada yg kurg tu..boleh je komen..sya terima..hahaha..mna satu ya hubby kakak punya nama? hihiikk..

    ReplyDelete