Monday, March 3, 2014

Bab 10


BAB 10
Aira begitu berselera menjamu selera bila ada yang menyediakan makanan untuknya. Kasihan pula dengan si mamat sengal ni bila terpaksa menjadi tukang masak tak rasminya. Tangannya mencapai bebola ikan yang baru siap dipanggang. Wah! Sedapanya, pandai jugak mamat ni ya!
            Jemy hanya tersenyum melihat gelagat Aira.
            “Lan, tolong aku panggang ni.” Arah Nadia, sayap ayam terus diserahkan pada Azlan.
            “Kau ni makan je dari tadi..tolonglah sikit.” Sampuk Rahim.
            “Ala, sekali-sekala nak bermanja dengan korang apa salahnya, lepas ni tak da dah..” Nadia bernada sedih, sempat lagi mengeluarkan muncung itiknya itu.
            “Nah Nad, aku buat khas untuk kau..” Aira menyua beberapa keping daging kambing yang siap masak untuk Nadia. Sempat lagi Jemy menjeling.
            “Macam dia yang buat!” Sindir Jemy.
            Aira hanya mengukir senyum, tak ada mood nak bergaduh dengan mamat sengal ni sekarang, kalau tak.. mahu dia terpaksa memanggang sendiri nanti. Aira mengambil  tisu dari beg tangannya, peluh yang menitik di dahi Jemy dilap perlahan. Terkesima Jemy seketika. Matanya jatuh pada wajah Aira yang begitu hampir dengannya. Aira yang tadi hanya berniat ingin membantu Jemy turut terkesima bila melihat lelaki itu yang masih leka memandangnya. Buat seketika mereka saling berpandangan.
            “Ehem!” suara Azlan mula kedengaran lantas mengembalikan Jemy dan Aira ke alam nyata. Kelam kabut mereka. Aira mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Matanya diarahkan kearah lain. Jemy pula berpura-pura memasukkan makanan kedalam mulutnya. Entah kenapa jantungnya berdegup kencang tika ini.
            Aira menyeka peluh yang mula merenek di dahinya. Panas! Bukan kerana steamboat yang mendidih di hadapannya, ini semua kerana pandangan mata Jemy yang begitu asing baginya. Aira dapat merasakan nafasnya tak sekata, semuanya kerana Jemy!
            “Korang berdua ni tengah makan pun boleh pulanak bertentang mata.” Tegur Rahim dengan senyuman mengejek. Benar telahannya, bosnya itu benar-benar telah jatuh cinta dengan Aira. Sejak bila ya?
            Muka Aira sudah memerah. Malu ditegur begitu.
            “Betul tu, korang berdua ni ada apa-apa ke Jemy?” giliran Azlan yang tidak mahu ketinggalan menyakat bosnya itu. Nadia di sebelah hanya tersenyum, dia yakin Jemy benar-benar sudah jatuh cinta pada Aira. Buktinya, semasa di studio mata bosnya itu sentiasa mencari mangsanya, dan mangsanya itu adalah Aira!
            “Mana ada apa-apa” jawab Aira dan Jemy serentak. Aira menoleh kearah Jemy, begitu juga Jemy. Aduh.. apahal jadi macam ni pulak?
            “Ha! Kan betul apa aku kata.”
            “ Sudah! Makan je, sebelum aku cancel nak pergi karaoke lepas ni!” Ugut Jemy. Dia memandang kearah Aira sebelum menyambung semula mengunyah baki makanannya. Huh! Pandai pun diam, aduh..lain macam je hati aku ni! Betul ke? Betul ke aku dah cinta dengan dia ni?
                                                ***************
JANTUNG Aira berdegup dengan pantasnya sejak kebelakangan ini. Kebinggungan dia, Nak kata aku ni lepas lari pecut seratus meter, mustahil jugak. Aira mati akal, dia sendiri pelik dengan perubahannya kebelakangan ini. Sudah hampir dua bulan dia bekerja di studio tersebut, Nadia pula sudah sebulan berhenti. Kini tinggal dia yang menguruskan model-model mamat sengal tu.
            Aira menapak ke sofa, tempat kegemarannya. Perlahan badannya direbahkan. Jam baru pukul tujuh lebih, awal pulak dia datang hari ni. Semalaman dia sukar melelapkan mata, asyik teringatkan mamat sengal tu je! Ahh! Boleh gila macam ni. Badannya disengetkan, terus matanya menangkap sebuah gambar yang tergantung kemas di dinding. Matanya seolah-olah terpukau. Kacak juga mamat sengal ni ya. Rambut jemy yang sedikit panjang itu begitu kemas walau hanya diikat sedikit kebelakang, matanya beralih pula pada mata Jemy. Aduh! Entah kenapa kebelakangan ini mata itu menakutkannya, setiap kali lelaki itu marah mesti keningnya bertaut. Aira tersenyum sendiri, tanpa sedar sebenarnya dia sukakan mata lelaki itu, cuma terkadang dia takut untuk bertentang mata. Takut jatuh jantungnya nanti! Hidung lelaki itu sedikit mancung, kacaknya! Kini mata Aira jatuh pada bibir lelaki itu. Seksi! Bisik hati nakal Aira. Aira mengeluh sendiri, bibir itu jarang mengukir senyum. Tapi, kalau lelaki itu senyum..pasti cair semua perempuan dengannya. Ala, tak senyum pun model dah keliling pinggang! Aira mendengus kasar. Cemburu kah dia?
            “Aira, kau dah gila! Kau benar-benar gila. Macam mana kau boleh terjatuh hati dengan mamat sengal, sombong tak tentu pasal tu!” ujar Aira sedikit kuat, langsung tidak menyedari ada mata yang begitu ralit memandang sejak tadi. Jemy hanya tersenyum, hatinya berbunga riang. Betul ke apa yang dia dengar? Aira sudah jatuh cinta dengannya. Bukan dia tak tahu bahawa tadi Aira begitu asyik menilik gambarnya. Aira..Aira..
            Jemy yang masih berdiri di depan pintu mengetuk pintu tersebut dengan kuat, sengaja memaklumkan pada Aira yang dia sudah berada di situ. Pantas kakinya menuju ke sebuah kerusi, beg sandangnya diletakkan kemas di atas meja.
            Aira mengurut dadanya. Huh! Boleh jatuh jantung dek lelaki ini. Tak boleh nak bagi salam ke? Marah Aira di dalam hati. Tanpa menegur Jemy, Aira menonong menuju ke belakang studio, dia hampir lupa yang tadi dia sudah memanaskan air untuk dibuat kopi. Sempat Jemy menoleh sekilas kearah Aira yang langsung tidak memperdulikannya.
            Seketika Aira kembali. Perlahan kakinya menghampiri Jemy yang leka membersihkan lens kameranya. Teliti sungguh lelaki tu, aku di sebelah pun dia tak sedar. Mahu tak mahu, terpaksa juga dia menegur bosnya yang sengal tu.
            “Nah.” Tanpa memandang muka Jemy, Aira menyerahkan secawan kopi untuk lelaki itu. Jemy tidak terus menyambut, matanya masih memandang pelik kearah wanita itu, mimpi ke dia melihat gadis itu menyediakan kopi untuknya?
            “Nak ke tak? Dah lenguh dah lengan saya ni.” Bebel Aira. Nak jual mahal pulak!
            “Okey, orang dah buat ambik je lah, nanti merajuk pulak.” Usik Jemy. Belum sempat tangannya menggapai, Aira sudah menarik semula cawan tersebut. Tercengang Jemy dibuatnya.
            “Tak payah! Orang dah elok-elok buat, banyak songeh pulak. Tak payah minum! Saya boleh habiskan semua.” Aira membawa dua cawan kopi menuju ke sofa. Sakit hati pulak dengan perangai lelaki sengal tu. Huh! Dasar sengal!
            Jemy hanya tersenyum,merajuk la pulak. Kakinya dibawa menghampiri gadis itu. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Aira.
            “Sedap ke kopi ni?” Jemy mencapai kopi di atas meja. Kopi sederhana panas itu dihirup perlahan.
            “Kalau tak sedap tak payah minum. Lagipun itu kopi segera, sama je rasa.” Aira masih dengan marahnya. Sempat dia mencebik lalu menjeling tajam kearah Jemy.
            “Sedaplah, ini kopi paling sedap yang aku pernah rasa.” Kata-kata Jemy mengundang tawa Aira. Bergurau ke apa lelaki ni? Agak-agaklah kalau nak memuji pun. Tak logik!
            “Kenapa?”
            “Tak payah nak menipulah, kopi ni sama je rasa. Bukan awak minum kopi ni hari-hari ke?” Aira menyambung tawanya yang masih berbaki. Jemy di sebelah hanya tersenyum. Ketawa pulak dia, ingin sekali aku nak nak cakap yang kopi ni sedap sebab kau yang buat! Asyik pula dia melihat Aira yang masih galak mentertawakannya.
            “Dah habis ke?” soal Jemy bila melihat Aira mula menghentikan tawanya.
            “Hah? Awak cakap apa?”
            “Aku tanya, dah habis ke tawa kau tu?” Baki kopi dihirup habis.
            “Sedap sangat ke?” usik Aira, mukanya sudah merah dek ketawa dengan lelaki tu.
            “Sedap sangat, kan aku dah cakap, aku tak pernah rasa kopi sesedap ni.” Ulang Jemy. Makin terhambur ketawa Aira. Pandai jugak mamat sengal ni buat lawak, ni kalau masuk Maharaja Lawak, boleh kalah Jozan.
            “So from today, aku ada tugas baru untuk kau.” Jemy sudah berdiri di hadapan Aira. Terdiam Aira seketika, tugas baru? Menyesal pulak aku ketawakan dia tadi.
            “Tugas apa?” Aira menyoal perlahan.
            Jemy tersenyum. Perlahan dia menundukkan sedikit badannya, sengaja wajahnya dirapatkan sedikit ke wajah Aira. Terkebil-kebil mata Aira tika itu. Apa kena pulak dengan mamat sengal ni.
            “Mulai dari hari ini, aku nak kau sediakan kopi untuk aku setiap pagi dan sebelum balik. Okey?” Jemy mengangkat semula wajahnya, Aira ditinggalkan masih mencerna apa yang baru didengarnya tadi. Buat kopi untuk dia setiap hari? Aira menggeleng pantas, ingat aku ni bini dia ke? Tak boleh jadi ni. Bantah Aira.
            “Saya tak setuju!” ujar Aira dengan lantang. Jemy menoleh kearah gadis itu.
            “Apa?”
            “Saya tak setuju. Saya bukannya is..” Aira menutup mulutnya, nyaris nak terlepas kata tadi.
            “Bukannya apa?” Jemy menyoal dengan riak bersahaja.
            “Ah! Tak kisah, yang pentingnya..saya tak setuju. Muktamad!” putus Aira. Dia memberanikan dirinya melawan pandangan lelaki itu.
            “Kau nak lawan cakap aku ke?” Jemy pura-pura marah, sengaja dia memandang tajam kearah gadis itu. Keningnya juga sudah dikerutkan. Aira mula cuak, mulalah lelaki ni tunjuk muka singa jadian dia tu. Huh!
            “Yalah! Tapi dengan satu syarat.” Aira tersenyum sumbing.
            “Syarat?” Mati terus senyum kemenangannya seketika tadi.
            “Naikkan gaji saya.” Aira berlalu meninggalkan Jemy dengan dua cawan ditangan. Baik dia lari sebelum lelaki tu berleter. Jemy hanya menggeleng senyum.
                                                            *************
AIRA tiba di rumah bila jam menunjukkan pukul sepuluh malam. Sesekali tangannya mengurut lengannya yang lenguh. Banyak pula kerja hari ni. Ini semua sebab si Emily gedik tu. Suka sangat nak mengarah dia itu ini, nampak sangat dia nak membuli aku. Marah Aira.
            “Lewat balik Aira?” sergah Tan Sri Megat Miqdad tiba-tiba. Sekilas Aira menoleh sebelum menyalam lembut tangan papanya itu.
            “Papa tak tidur lagi?” soal Aira.
            “Papa tunggu Aira, kebelakangan ni susah sangat nak bertemu dengan Aira.” Tan Sri Megat Miqdad berdehem keras, dia mula perasan dengan sikap anak perempuannya itu. Aira hanya tersenyum sumbing lalu memaut lengan papanya.
            “Anak papa ni kan banyak aktiviti kat luar tu, papa tak payahlah risau.” Aira memberi jawapan selamat. Minta-mintalah papanya tak syak apa-apa.
            “Aira naik dulu ya pa, penat!” ujar Aira.
            “Ingat Aira,” langkah Aira terhenti, lain macam je nada papanya itu.
            “Ingat, jangan lakukan perkara yang papa tak suka. Aira tahu apa yang papa boleh buat.” Ujar Tan Sri Megat Miqdad bernada ugutan. Terkesima seketika Aira mendengarnya. Matanya diarahkan kearah Tan Sri Megat Miqdad yang mula berlalu ke ruang tamu. Cuak juga Aira mendengarnya. Papa dah tau ke?


4 comments:

  1. hoho..nampaknya dalm hati dua2 ni dah ade taman yg dipenuhi dgn bunga2 cinta..ngee..

    ReplyDelete
  2. Bunga-bunga cinta uda...teruskan membaca ya..nnti Acu update lg..:)

    ReplyDelete