Thursday, March 20, 2014

IHD-BAB 1

BAB 1
MENARA HOLDINGS MAJU DI BAWAH PIMPINAN ANAK SULUNG DATO`FADZIL-NUR SYIFA.Itulah tajuk hadapan surat khabar pada hari itu yang menarik perhatian Syed Azmie untuk membacanya,tajam mata Syed Azmie memandang wajah jelita anak Dato Fadzil yang dimaksudkan.Seorang gadis lepasan ijazah perundangan dari university Cambridge London baru lagi dalam bidang perniagaan tapi sudah berjaya mendapat kontrak-kontrak milik syarikat-syarikat yang besar.Syed Azmie menumbuk permukaan meja ,berita ini betul-betul menyesakkan dadanya.
“Kamu harus mengambil kembali hak keluarga kamu Azmie,dengan apa cara sekali pun.Menara Holdings itu milik kamu.Lelaki keparat itu telah merampas segalanya…kau harus musnahkan dia.Itu je yang Uncle nak pesan.Ambil semula Menara Holdings”
Tertekan dengan kata-kata itu Syed Azmie melepaskan geramnya dengan mengoyak surat khabar tersebut,mana boleh dia melupakan apa yang dipesan uncle haris dengannya.Dari kecil dia hidup bagaikan yatim piatu hanya kerana Dato Fadzil.`Ia…aku akan merampas kembali hak aku…dan akan musnah kan keluarga kau Fadzil…’ujar Syed Azmie matanya penuh kemarahan.Syed Azmie menenangkan hatinya dengan mengucap dua kalimah syahadah,dia tidak mahu hatinya dipengaruhi perasaan sebegini namun kesengsaraan yang dialaminya betul-betul membuat dirinya menjadi manusia pendendam.Dendam pada manusia yang tidak berhati perut seperti Fadzil lelaki yang memusnahkan keluarganya 17 tahun lalu,lelaki yang membunuh bapa dan adiknya ,dan lelaki yang menyebabkan ibunya terlantar sakit sampai sekarang sedangkan Fadzil dan keluarganya begitu hidup bahagia diatas kesusahan orang lain.
“Mie.Dah siap tak yang…”panggil satu suara yang tiba-tiba memasuki bilik pejabatnya,kata-kata kawannya itu terhenti bila melihat keadaan bilik Syed Azmie yang bersepah.
“Apa dah jadi dengan bilik kau ni?Macam tongkang pecah…”komen kawannya.Syed Azmie hanya memandang kosong pada sahabatnya itu.
“Ada apa?”Soal Syed Azmie malas,Razif terus mengambil tempat di kerusi hadapan Syed Azmie,dia melihat helaian surat khabar yang sudah koyak.
“Kau okey ke ?kau marah lagi ke dengan berita ni?Dah lah Mie…Kau lupakan je.Kau takkan dapat melawan Nur Syifa tu…”Nasihat Razif,dia faham benar dengan niat sahabatnya itu,tetapi dia sendiri tidak mengetahui kenapa sahabatnya itu sangat membenci gadis itu.Syed Azmie melemparkan pandangan tajam kepada sahabatnya itu.
“Okey…okey…aku kalah.Ni ha...aku nak tanya tentang dokumen  yang aku bagitahu semalam.Dah approve ke?”soal Razif menukar tajuk perbualan. dia sedia maklum perangai baran kawannya itu mengalahkan gempa bumi.Silap hari bulan mahu tertiarap dia dibuatnya.
“Oh yang itu.Dah…beberapa hari lagi kita boleh mulakan projek tu.Aku dah order beberapa barang pembinaan petang semalam.”jawab Syed Azmie.
“Okey.Wah…cepat kau bertindak.Memang arkitek yang berdedikasi lah kau ni.Emmm…malam ni macam biasa nak?”Cadang Razif,dia mengenyitkan matanya pada Syed Azmie.
Thanks…but aku tak ada mood lah.Mesti jumpa si Karina kat situ.Malam minggu ni dia selalu ke situ…penat aku nak layan kerenah dia…”terang Syed Azmie,figura karina terus bermain dimatanya.Gadis manja dan periang itu yang selalu menghiburkan dia setiap kali dia mengunjungi kelab malam tersebut,layanan gadis itu memuaskan cukup membuatnya melupakan seketika masalah yang dihadapi.
“Alah...tak apa lah.Kau kan suka.Lagipun Karina tu hari-hari tanya kau.Gadis yang menggoda macam dia tu rugi dibiarkan”komen Razif
“Apa?Menggoda?Oh…nak aku bagitahu semua ni dengan Sara ke yang kau pergi tempat tu tiap -tiap malam? Dah kira untung aku tak bagitahu Sara tu,kalau sara tahu…mahu tak kena hembat kau…”Ugut Syed Azmie,dia tahu benar kelemahan Razif,Maisara tunangnya  dua tahun lepas.
“Alah….kau ni kecoh lah.Kita pergi enjoy je...lagipun gadis tempat macam tu mana boleh pakai.”
“Iyalah…malam ni tempat biasa…”jawab Syed Azmie malas.
“Mie…anak gadis Dato Fadzil ni cantik kan? Bertudung…inilah contoh gadis muslimah.”puji Razif sambil mengambil helaian surat khabar yang telah dikoyak.Syed Azmie hanya memberi senyuman sinis pada sahabatnya.
                                                     
                                                  *******************
 “INI fail yang Cik Syifa nak”ujar Nani setiausaha Nur Syifa.Nur Syifa meletakkan surat khabar ke tepi sambil menyambut huluran fail yang diberi.
“Terima kasih Nani…hari ni saya ada appoiment tak?”soal Nur syifa sambil memerhati fail yang diberi tadi.
“Untuk pagi ni tak ada Cik Syifa.Petang nanti pukul tiga appoitment dengan Tan Sri Mahmud tentang projek dekat kota bahru tu.”jelas Nani.
“Okey…kalau macam tu untuk pagi  ni awak off kan line untuk saya. Kalau ada yang penting awak sambungkan terus.”
“Baik Cik.Emmm…tahniah Cik atas kejayaan Cik dapat projek antarabangsa tu…semua orang puji kebolehan Cik Syifa.”kata Nani.Nur syifa hanya melemparkan senyuman .
“Semua itu datang daripada Allah Nani,saya bersyukur…ini semua juga berkat usaha semua staff Menara Holdings.”
“Baik lah...Cik Syifa nak apa-apa lagi ke?Kalau tak saya keluar dulu”pinta Nani .Setiausaha yang berusia hampir 30-an itu dan mempunyai seorang cahaya mata hasil perkahwinanya dengan seorang anggota polis tiga tahun yang lepas.
“Setakat ni…tak ada,nanti kalau ada apa-apa saya bagitahu ya…”beritahu Nur Syifa pada setiausahanya itu.Nani melemparkan senyuman pada ketuanya itu sebelum berlalu pergi .Nur Syifa kembali menumpukan perhatian pada kerjanya,tangannya berhenti seketika,pandangannya tertumpu kearah bingkai gambar yang terletak kemas di sisi mejanya,kelihatan seorang lelaki yang memakai kemeja kelabu dan berseluar jeans mengundang senyuman diwajahnya.Insan yang amat dicintainya itu sedang berkerja di pejabat guamannya sendiri.Saiful tunangnya itu merupakan  lelaki yang dikenali ketika sama-sama menuntut di luar Negara.Selepas balik saja ke Malaysia mereka terus mengikat tali pertunangan setahun yang lepas dan dua bulan lagi mereka akan diijab kabulkan dalam ikatan perkahwinan.Panggilan telefon mengejutkan Nur Syifa  dari khayalan,terus gambar diletakkan ke bawah.
“Assalamualaikum.”jawab Nur Syifa.
“Syifa…ayah ni.Ayah ganggu Syifa ke?”Soal Dato Fadzil dari hujung,Nur Syifa terus mengukir senyuman apabila mendengar suara ayahnya dihujung talian.
“Tak ada lah ayah… Syifa pun tak sibuk ni…”
“Ayah cuma nak ucapkan tahniah atas kejayaan Syifa dapat projek besar tu…Syifa memang berbakat.Ayah bangga…”puji Dato Fadzil,di dalam hati dia bersyukur dikurniakan anak seperti Nur Syifa.Seorang anak yang baik dan sering menyenangkan hatinya.
“Terima kasih ayah…tapi ini berkat sokongan dari ayah.Syifa cuma jalankan tanggungjawab Syifa ayah.”
“Ayah harap Syifa dapat majukan lagi Menara Holdings.Itu amanat yang ayah pegang berbelas tahun lamanya.Amanat seorang kawan…bila sampai masanya ayah kena pulangkan kepada yang berhak…”Jelas Dato Fadzil,tersingkap segala kenangan silam di mindanya wajah sahabat yang amat disayanginya.
“Syifa tak tahu apa sebenarnya yang ayah cuba sembunyikan.Tapi…Syifa akan cuba bantu ayah untuk pegang amanat ni”Nur Syifa tersenyum indah sambil meyakinkan ayahnya tentang kebolehannya tanpa meyusahkan bapanya itu lagi.Dia mula perasan yang ayahnya sering mengatakan bahawa Menara holdings adalah sebuah amanat yang harus diuruskan dengan baik ,tapi dia sungguh tak tahu apa cerita disebaliknya.Nur Syifa kembali menyemak fail-fail diatas mejanya,kemudian dia berhenti seketika seolah-olah memikirkan sesuatu,dia mengambil kembali telefon bimbitnya dan mendail satu nombor.
“Assalamualaikum…boleh saya bercakap dengan En.Saiful Anuar”Sapa Nur Syifa dengan lembut sambil tersenyum riang.
“Waalaikumsalam…boleh saya tahu siapa disana…”balas suara dari hujung telefon,membuat Nur Syifa tersenyum senang.
“Tak perlu lah tahu…saya salah seorang client encik nak ajak keluar makan.Jangan risau saya belanja.”Gurau Nur Syifa lagi.
“Emmm…kalau macam tu,saya minta maaf  banyak-banyak…sebab saya tak akan keluar makan dengan wanita lain selain...bakal isteri saya…”Nur Syifa tesenyum mendengar gurauan tunangnya itu.
“Okey…okey.Yalah…awak sibuk tak..?”
“Tak juga...awak rindu ke? Emm...apa pun,tahniah ya...pada CEO Menara Holding kita ni...sebab berjaya mendapat projek besar tu.Saya terbaca  pagi tadi...”
“Ohh...terima kasih.Kalau awak tak sibuk,kita pergi makan ya...lama dah tak makan sama....”Ajak Nur Syifa.
“Ya sayang...tempat biasa okey,saya ambil awak lunch nanti....”pesan Saiful dengan romantis.Nur Syifa tersenyum,bukan sekali Saiful memanggilnya dengan nama begitu,memang pada mulanya dia tidak biasa namun selepas mengikat tali pertunangan dia harus membiasakan diri kerana walau bagaimanapun Saiful akan tetap memanggilnya dengan nama begitu.
Perkenalannya dengan Saiful dua tahun lalu tanpa disangka telah membuahkan bibit-bibit cinta diantara mereka.Sikap Saiful yang serius dan bertanggungjawab berjaya menarik perhatian Nur Syifa.Mujur saja keluarganya merestui hubungan mereka.Segalanya lebih mudah bila beberapa bulan dari sekarang dia bakal melangsungkan perkahwinan dengan satu-satunya pemuda yang amat dicintainya.
                                                 *******************
Universiti Cambridge,London.
NUR SYIFA tersenyum sendiri mendapat nota kecil dari seseorang yang tak dikenali.Bukan apa masuk kali ini sudah acap kali juga dia menerima nota dan kuntuman bunga mawar merah dari seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai‘Lelaki Misteri’.
Hari-hariku indah dihiasi senyuman wajahmu..
Malamku kesiangan dibayangi renungan matamu..
                                                                                                  From:Lelaki Misteri.
            Tanpa sedar barisan hari-hari yang berlalu kian bersinar dengan nota-nota lelaki misteri.Nur Syifa melilau kekiri dan kekanan mencari kalau-kalau ada kelibat pemilik nota tersebut.
            “Nur Syifa.”Panggil satu suara dari belakang.Nur Syifa terkesima,seorang lelaki berkulit hitam manis dengan senyuman indah terukir menyapa namanya.
            “Did i know you?”Soal Nur Syifa kehairanan.
            “Tanpa sedar,sehari tak menatap wajahmu aku keresahan.Yang pasti aku begitu terpesona dengan senyumanmu...”Ujar Lelaki itu lagi.Nur Syifa terpana,bagaimana lelaki itu tahu aya-ayat cinta yang pernah dikirimkan padanya oleh lelaki misteri?
            “Macam mana awak boleh...”Saiful hanya tersenyum manis,seolah-olah dapat membaca apa yang berada dalam fikiran Nur Syifa.
            “I’am Saiful.”

            Nur Syifa tersenyum malu.Ya.Dialah lelaki yang sering mengirimkan nota cinta kepadanya.Dan dia juga lelaki yang secara tak langsung mengisi kekosongan dihatinya.

No comments:

Post a Comment