Tuesday, April 22, 2014

Bab 20

Datuk Roslan menyelimuti badan isterinya. Peluh yang merenek di dahi itu disapu perlahan. Tidak pernah satu malam pun isterinya itu tidur dengan lena, hampir  setiap malam dia akan meracau meminta tolong. Datuk Roslan mengeluh berat, sudah tidak tertanggung rasa bersalah yang menghantuinya kini. Rumah tangga yang dibina atas aturan keluarga masih terkapai-kapai mencari kebahagian. Laila, isterinya masih dingin seperti dulu kerana dihantui peristiwa hitam. Berdosanya aku Ya Allah, andai rahsia ini terbongkar, mampukah aku mendapatkan keampunan dari isteri dan anakku.

Dua puluh tujuh tahun yang lalu..

ROSLAN memakir keretanya di tempat letak kereta di hadapan taman. Dia dapat melihat dengan jelas tubuh wanita yang membelakanginya. Wanita yang amat dicintainya. Perlahan langkahnya diatur menghampiri wanita itu.
            “Laila.” Panggil Roslan. Wajah mencuka Laila dipandang penuh risau. Adakah wanita itu sudah mendapat tahu berita tentang pinangannya.
            “Apa semua ni lan?” Laila menunjukkan kotak cincin kepada Roslan. Kenapa lelaki itu nekad mengahwininya sedangkan lelaki itu tahu siapa yang dia cinta. Dia tidak cintakan Roslan, dia cintakan Miqdad! Teman baik lelaki itu.
            “Aku ikhlas nak peristerikan kau.”
            “Aku tak cintakan kau. Kau tahukan siapa yang aku cinta..”
            “Sudahlah Laila, Miqdad tak cintakan kau. Dia cintakan Lia. Kau harus terima hakikat itu.” Balas Roslan.
            “Tidak! Miqdad cintakan aku. Aku tahu!” Laila masih menafikan realiti, sedangkan dia tahu Miqdad sudah melamar Marlia, seorang model. Laila menggeleng kepalanya pantas, mustahil Miqdad sudah melupakan percintaan mereka selama dua tahun di universiti. Laila mula menitiskan airmata, sebak hatinya bila Miqdad memutuskan perhubungan mereka semata-mata kerana ingin bersama dengan model tak bermaruah tu.
            “Laila..” Roslan cuba mencapai tangan wanita itu. Pantas Laila mengelak, dia memulangkan kembali kotak cincin itu kepada Roslan, mustahil untuk dia menerima Roslan sedangkan hatinya milik orang lain.
            “Maafkan aku lan.”
            Datuk Roslan tersedar dari lamunannya bila terdengar bunyi kereta yang memasuki pekarangan rumahnya. Lewat jugak anaknya itu balik. Datuk Roslan bergerak keluar bilik menuju ketingkat bawah. Wajah penat anaknya itu mengundang simpati.
            “Lambat Naz balik hari ni.” Tegur Datuk Roslan.
            “Naz ada dinner dengan client. Ayah tak tidur lagi ke?” jawab Nazrul. Tangan ayahnya dicium hormat.
            “Baru nak masuk tidur. Naz rehatlah.”
            “Oh ya, Tan Sri kirim salam. Dia telefon Naz tadi nak ajak main golf. Ayah nak ikut sekali ke?” ajak Nazrul, teringat akan ajakan Tan Sri megat Miqdad semalam.
            “Boleh jugak. Bila? Dah lama ayah tak berborak dengan kawan lama ayah tu.”
            “Petang esok.” Datuk Roslan hanya mengangguk lalu membawa kakinya menaiki anak tangga. Langkahnya terhenti seketika, segera dia menoleh kembali kearah anak bungsunya itu.
            “Ada jumpa Abang Nazmi?” soal Datuk Roslan tiba-tiba.
            “Tak. Hari tu last jumpa dia, masing-masing busy. Kenapa? Ayah nak jumpa Abang Nazmi ke?” soal Nazrul kembali. Sudah hampir sebulan tidak bersua muka dengan abangnya itu.
            Datuk Roslan hanya mengeluh. Barangkali Nazmi masih berjauh hati kerana peristiwa dulu, kasihan anaknya itu. Maafkan ayah Nazmi, kerana tak dapat nak pertahankan hak Nazmi.
                                                      **************
Aira masih terpegun memandang set pertunjukkan fesyen yang kelihatan mewah di hadapannya. Semuanya serba putih,  kelihatan ranting-ranting kering yang dihiasi kapas putih. Persis seperti salji. Cantiknya..hanya itu yang mampu Aira zahirkan.
            Aira menghela nafas perlahan, malam ni merupakan malam penentuan. Dia akan berdiri di atas pentas itu sebagai seorang model. Aira berjalan pelahan meninjau sekeliling dewan tersebut. Bersebelahan pentas, terdapat dua pokok biasa yang menyerupai pokok sakura. Walaupun hanya dihiasi bunga sakura plastik, tetap nampak cantik dan menyegarkan mata. Berada di dalam dewan ini seolah-olah berada pada dua musim di jepun iaitu musin sejuk dan musim luruh. Bagaimana dua musim itu boleh bertembung, Aira kurang pasti, yang pasti perhiasan di dalam dewan tersebut cukup memukau mata. Bernas juga idea si Mia ni, bercita-cita tinggi untuk menembungkan dua musim yang mustahil untuk bertembung. Hahaha.. Aira ketawa dalam hati.
            Tiba-tiba Aira terasa kedua belah matanya ditutup dari belakang. Siapa pulak ni nak buat silap mata siang-siang hari ni. Aira tersenyum, dia dapat mengagak melalui bahu minyak wangi yang dipakai oleh si penutup mata.
            “Zackry?” usik Aira.
            Jemy terpana. Zackry?
            “Bukan? A...Johan!” teka Aira lagi.
            Siapa pulak Johan ni. Tak boleh jadi.
            “Ermm..” Jemy segera melepaskan tangannya, badan Aira dipusing menghadapnya.
            “Siapa Zackry? Johan?” tanya Jemy pantas. Tajam matanya memandang Aira. Aira hanya tersenyum. Kamera yang berada kemas di dalam beg sandang lelaki itu dicapai.
            “Sara, saya tanya ni. Siapa..” Klik! Belum sempat Jemy menghabiskan ayatnya bunyi kamera telah menelan suasana. Terpana Jemy seketika.
            “Jealous face!” usik Aira. Terlopong Jemy mendengarnya. Dia sudah termakan permainan Aira. Segera hidung itu dicubit. Rasakan!
            “Sakitlah!” marah Aira.
            “Tahu sakit..” Jemy tersenyum, nak tergelak pun ada bila melihat hidung Aira yang sudah memerah. Ala..kasihannya!
            “Sakit sangat ke?” tanya Jemy bila melihat Aira yang masih menggosok hidungnya. Kuat sangat ke aku cubit. Jemy menundukkan sedikit wajahnya.
            “Sini tengok!” Jemy mengalih tangan Aira. Namun Aira masih berdegil, nak ketawa dia melihat wajah risau lelaki itu.
            Jemy menjengilkan matanya kearah Aira, degil! Aira pula tanpa dapat menahan ketawanya terus menekup mulutnya dengan tangan. Haha, terkena! Dia menjerit kemenangan. Jemy hanya menggeleng lalu turut sama tersenyum.
            “So,are you ready for tonight?” soal Jemy serius.
            Aira mengangguk, dia menarik tangan Jemy kearah deretan kerusi yang dikhaskan untuk pengunjung malam nanti.
            “Nervous sikit. Tapi, it's okay. Awak ada kan?” ujar Aira.
            “Tan Sri datang?” soal Jemy lagi, kali ini lebih serius. Wajah Aira berubah tiba-tiba. Sudah sejauh ini dia melangkah, namun tak sedikitpun dia berterus terang dengan papanya itu. Dia takut akan penerimaan Tan Sri Megat Miqdad.
            “Papa tak tahu lagi saya libatkan diri dalam bidang ni.” Jemy mengeluh. Dia sudah menasihatkan Aira supaya berterus terang dengan papanya.
            “It's okay. Just make sure awak bagitahu dia.”  Beritahu Jemy lagi, tidak mahu merosakkan hari bahagia kekasihnya itu.
            “Kenapa awak tiba-tiba datang sini?” soal Aira.
            “Rindu. Sejak balik dari pangkor hari tu, kita jarang luangkan masa bersama.” Balas Jemy. Sudah seminggu mereka balik dari pengambaran di Pangkor Laut Rasort, namun dia mahupun Aira masing-masing sibuk dengan pertunjukkan fesyen malam ni. Hanya panggilan dan mesej yang menjadi penghubung mereka.
            Aira tersenyum, Jemy semakin galak mengucapkan kata cinta dan rindu. Ternyata lelaki itu benar-benar mengotakan janjinya untuk mengucapkan kata-kata cinta padanya untuk setiap hari.
                                                            ***********
MALAM gilang gemilang yang dinantikan telah tiba. Dewan hotel JW Marriot sudah dibanjiri oleh pencinta fesyen tanah air. Kehadiran nama besar dalam dunia fesyen tanah air turut memeriahkan lagi suasana. Jovian Mandagie, Rizalman Ibrahim, Calvin Thoo dan beberapa orang pereka fesyen terkenal tanah air turut hadir memberi sokongan kepada rakan seperjuangan mereka. Hotel JW Marrot menjadi salah satu hotel yang bersejarah, kerana suatu ketika dahulu Jovian Mandagie dan Rizalman Ibarahim pernah mengadakan pertunjukan fesyen di sana, masing-masing bersaing untuk mempamerkan rekaan terbaru mereka.
            Suara pengacara majlis mula kedengaran. Rata-rata tetamu yang hadir terdiri daripada glongan VIP sudah di tempatkan di tempat khas, tak kurang juga rakan perniagaan Mia sendiri. Jovian Mandagie yang turut serta dalam pertunjukkan tersebut sudah bersedia dengan model-modelnya yang bakal mengenakan rekaan terbaru beliau yang lebih berkonsepkan muslimah.
            Di belakang pentas, Mia sibuk dengan modelnya yang bakal memperkenalkan tujuh rekaan terbarunya. Aira dan beberapa orang model sudah disolek dan bersedia dengan rekaan Mia.
            Aira mengenggam tangannya, mengumpul sedikit kekuatan. Ini pertama kali dalam hidupnya melewati pengalaman yang begitu mengujakan, di samping rasa bahagia kerana telah berjaya mencapai impian mamanya, Aira mula takut akan cabaran yang bakal dihadapinya, hendak berpatah balik, dia sudah berada begitu jauh. Seketika Iphonenya bebunyi, mesej yang masuk segera ditekan.
                                    Gud luck for ur show. Love you!
Aira tersenyum sendiri, Jemy sentiasa memberi semangat kepadanya. Pantas tangannya menyentuh skrin Iphone, membalas semula mesej yang diterimanya tadi.
Thanks. Ambik gambar elok-elok ya. Jangan pandang model lain! Love u too!
            “Kau ingat bila dah jadi lead model, kau dah cukup bagus.” Aira mendongak memandang si gerangan yang tiba-tiba menerjahnya tanpa salam. Wajah Emily yang tersenyum sinis dipandang tanpa perasaan. Apa kes tiba-tiba menyerangnya begini!
            “Ada masalah ke?” soal Aira masih beriak selamba.
            “Kau jangan ingat kau dah menang tau, setakat show macam ni aku tak heranlah. Ada banyak lagi show yang lebih bagus.” Sinis Emily lagi.
            “Oh ya? Baguslah macam tu. Tak payah buat pun tak pa, tak luak pun show ni kalau kau tak ada.” Aira menjawab sinis. Jangan Emily ingat dia boleh membulinya sesuka hati.
            “Woi perempuan! Kau sedar diri tu sikit. Kau tu cuma bekas pembantu studio je tau. Aku tak taulah apa si Mia tu pandang sampai nak ambik kau jadi model. Buta agaknya!” tempelak Emily dengan marah
            Aira malas untuk bersoal jawab dengan Emily, dia hanya menjeling melalui ekor mata. Berus blusher terus dicapai lalu dioles lembut ke pipinya. Biarlah si Emily tu nak tercagat di situ. Emily semakin panas hati, sikap tenang Aira menganggu perasaanya, sangkanya Aira akan melawan sekaligus akan merosakkan reputasi gadis itu.
            “Kau dengar sini, aku takkan benarkan kau menang. Kau tunggulah nanti!” Emily terus berlalu meninggalkan Aira dengan hati yang mendongkol. Geram sungguh dia dengan perangai Aira tu. Macamlah cantik sangat!
            Suara Emcee mula memecah suasana. Serentak dengan itu, satu persatu model mula keluar dari arah kiri dan kanan dan mula menggayakan pakaian masing-masing.
            Jemy mula sibuk dengan tugasnya sebagai jurugambar. Satu persatu gambar model telah dirakamnya. Sesekali dia mengunakan mikrofon kecil yang diselit di kotnya untuk berhubung dengan Azlan yang berada di sebelah kanan sebagai jurugambar kedua.
            Pengunjung mula teruja dengan pertunjukkan fesyen tersebut, rata-rata rekaan yang dipamerkan malam ini adalah antara rekaan yang terpilih untuk dijual di Zalora, salah satu gedung membeli belah secara online terbesar di Malaysia.
            “Ready Aira?” soal Mia . Wajah model Kiki yang kelihatan panik itu turut dipandang. Tidak salah keputusannya memilih Aira untuk mengayakan rekaan terbarunya itu. Pakaian itu benar-benar sesuai untuk gadis tinggi tersebut. Aira hanya mengangguk, rata-rata rakan modelnya yang lain sudah berada di atas pentas , tinggal dia yang bakal keluar dengan diiringi oleh Mia selaku penganjur pertunjukkan tersebut.
            “Tibalah saat yang dinantikan. Rekaan terbaru dari Mia Colection, dipersilakan!” Emcee memainkan peranannya. Jurugambar dan rakan media sudah bersedia dengan kameranya, cahaya lampu sudah tertumpu pada kain putih yang berdiri gah di atas pentas. Aira menarik nafas perlahan, kini dia hanya menunggu kain putih yang memisahkannya dari pentas itu disinsing hingga keatas.
            Cahaya lensa kamera mula mengena wajahnya, tepukan dari tetamu sudah memenuhi ruang. Jemy terpegun seketika melihat si gadis yang berdiri anggun dengan gaun panjang berwarna krim, terdapat juga colorblock pada bahagian pinggang gaun tersebut menampakkan badan Aira yang tinggi dan langsing. Pakaian yang tidak terlalu seksi itu menjadikan Aira nampak lebih elegant dan cantik.
            Aira bergerak kedepan, berjalan di hadapan pentas dengan penuh yakin. Jemy tidak melepaskan peluang menangkap gambar si kekasih hati. Para jurugambar yang lainnya mula melaksanakan tugas, satu persatu gambar Aira berjaya ditangkapnya.
            “Persis Marlia..” bisik Kiki yang berdiri di suatu sudut. Matanya masih memerhati Aira yang masih mengayakan pakaiannya.
            “Macam pernah tengoklah gerakan dia tu.” Ujar Joy pula, rakan perniagannya. Kiki hanya mengangguk, siapa saja dalam dunia modeling, tidak kenal Marlia.
            Aira melemparkan senyuman kepada tetamu sambil berdiri dengan yakin diatas pentas. Matanya dialihkan kepada Jemy, lelaki itu turut memandang kearahnya. Aira sengaja mengerakkan sedikit badannya, tangannya diletakkan kepinggang. Jemy yang faham terus merakam gambar tersebut. Aira tersenyum, gambar itu hanya untuk Jemy. Lelaki yang amat dia cintai. Jemy mengenyitkan matanya kepada Aira dari bawah pentas, lalu membalas senyuman wanita itu.

            Emily pula panas hati bila melihat adegan itu. Mesranya Jemy dengan model baru tu. Tidak pernah dia melihat Jemy tersenyum begitu. Tajam matanya menjeling Aira, perempuan tu memang nak kena!

No comments:

Post a Comment