Tuesday, April 29, 2014

Bab 22



Kotak kecil dikeluarkan dari beg tangannya. Aira mencapai sebentuk cincin lelaki lalu diserahkan pada Jemy. Terkesima Jemy seketika.
            “Apa ni?” soal Jemy serius.
            “Couple ring?” jawab Aira ceria. Dia melayangkan tangannya di hadapan Jemy, sebentuk cincin yang sama turut melekat di jari manisnya.
            “Macam budak-budak. Tak naklah!” tolak Jemy, cincin tersebut diserahkan semula kepada Aira. Sebenarnya dia tak berapa suka menerima hadiah daripada perempuan. Aira membuat muka masamnya. Jemy boleh menolak begitu je cincin yang dia tempah khas untuk mereka.
            “Tengok ni!” ujar Aira, cincin itu ditunjukkan kepada Jemy. Jemy mengangkat keningnya sedikit. Apa lagi?
Mencintaimu Mr.Photographer. Jemy menggelengkan kepalanya. Aira memang anak manja. Tulisan yang tertulis di cincin itu mampu mengundang tawanya. Segera Aira mencapai jemari Jemy, cincin tersebut terus disarungkan di jari manis lelaki itu.
Done!” Ujar Aira setelah selesai menyarungkan cincin tersebut.
“Dengan cincin ni, awak akan sentiasa ingat yang saya selalu mencintai awak, walau apapun yang berlaku.” Sambung Aira lagi. Jemy terdiam mendengarnya, jemari gadis itu terus digenggam erat.
“Sara, tak ada cincin ni pun saya akan sentiasa ingat yang kita saling mencintai.” Balas Jemy. Dia tahu, Aira sedikit beremosi hari ini ekoran berita yang tersebar luas di dada akhbar, mesti gadis itu takut Tan Sri Megat Miqdad mengetahui rahsianya selama ini.
Kereta yang tiba-tiba berhenti di hadapan mereka mencuri perhatian Aira dan Jemy. Mila dan dua orang lelaki berkot hitam keluar dari kereta tersebut.
“Kak Mila.” Tegur Aira. Dia kehairanan melihat Mila yang hanya tunduk tanpa memandangnya. Sekilas dia menoleh kearah Jemy, lelaki itu hanya menjungkit bahu.
“Maaf Cik Aira..” Mila masih ketakutan. Kedua lelaki itu terus menghampiri Aira, masing-masing memegang kedua lengannya. Aira terkesima.
“Apa ni?” Soal Aira kehairanan.
“Lepaskan dia.” Ujar Jemy, siapa kedua lelaki itu yang datang tiba-tiba mengheret Aira? Jemy mengepal penumbuknya bila kedua lelaki itu enggan mengendahkan kehadirannya.
“Lepaslah!” jerit Aira lagi. Tangannya mula terasa sakit.
“Aku kata, lepaskan dia!” Marah Jemy. Dia cuba mencapai tangan Aira, namun seorang lelaki itu terus menolak tubuhnya.
“Cik Aira, ini arahan Tan Sri. Dia dah tahu segalanya.” Jelas Mila, terpana Aira seketika. Jemy hanya membatu, dia melihat wajah Aira yang mula berubah. Tanpa kata kedua lelaki tersebut terus mengheret Aira memasuki sebuah kereta limosin berwarna hitam.
Jemy mula tersedar, pantas dia menghampiri dua lelaki upahan Tan Sri Megat Miqdad tersebut.
“Dia manusia, jangan heret dia macam tu. Dia boleh jalan sendiri kan?” sindir Jemy, kedua lelaki tersebut saling berpandangan lalu dengan perlahan melepaskan tangan anak majikannya itu.
Jemy mencapai lengan Aira, lengan yang kemerahan itu digosok perlahan. Dilihatnya mata Aira yang mula merah.
“Jelaskan elok-elok dengan Tan Sri. Saya tunggu awak di sini.” Ujar Jemy sedikitpun dia tidak memandang wajah itu, hanya tangannya saja yang masih menggosok lengan Aira.
“Jemy, saya takut..” Aira mula menangis.
“Dia papa awak. Jangan risau. Okay, pergilah..” pujuk Jemy. Segera dia membuka pintu kereta untuk Aira. Kedua lelaki tersebut sudah mula bergerak ketempat memandu.
“Mila, take care of her. Kalau ada apa-apa call saya.” Sempat Jemy berpesan. Mila hanya mengangguk lalu masuk semula kedalam kereta. Jemy menghela nafas berat, segalanya baru bermula. Dia harus tabahkan hati menghadapi situasi begini. Cincin pemberian Aira dipandang sayu. Dalam hatinya tidak henti-henti berdoa semoga urusan gadisnya itu dipermudahkan.
                                    ****************
TAN SRI MEGAT MIQDAD hanya memandang tajam wajah anak gadisnya itu. Aira hanya menunduk dari tadi, sudah hampir sepuluh minit mereka berada di bilik bacaan merangkap bilik kerja Tan Sri Megat Miqdad, namun sepatah kata pun belum mampu terkeluar.
            Aira sempat terpandang surat khabar yang terdampar kemas di atas meja. Muka depan akhbar tersebut terpapar kemas gambarnya semasa pertunjukkan fesyen di hotel JW Marriot semalam. Aira mengeluh lemah, cepat sungguh berita itu tersebar. Tak sampai dua puluh empat jam! Dia tidak berani mendongakkan mukanya untuk memandang wajah papanya, dia tahu emosi dan penerimaan papanya itu.
            “Jamil, Ali, masuk!” arah Tan Sri Megat Miqdad dengan keras, tak sampai beberapa saat dua orang lelaki yang berkot hitam masuk ke bilik bacaan itu. Aira hanya memandang sekilas, lelaki-lelaki itu juga yang mengheretnya tadi.
            “Hantar dia masuk bilik. Jangan biarkan dia keluar.” Aira terkesima. Pantas dia memandang wajah serius papanya.
            “Papa..” panggil Aira, betul ke apa yang dia dengar?
            “Kunci bilik. Kamu berdua berjaga di sana.” Sambung Tan Sri Megat Miqdad lagi, sedikitpun dia tidak memandang wajah Aira yang sudah dibasahi airmata. Kedua orang suruhan Tan Sri Megat Miqdad hanya mengangguk, pantas lengan Aira dicapai.
            “Papa, papa nak buat apa ni? Papa nak kurung Aira ke?” soal Aira tidak percaya. Pantas tangannya menepis tangan kedua pembantu Tan Sri Megat Miqdad. Hatinya benar-benar marah. Walaupun dia bersalah, tak mahukah papanya itu mendengar penjelasan darinya? Kenapa dirinya harus dikurung seperti haiwan?
            “Papa dah bagi Aira kebebasan, tapi Aira tak pandai nak hargai. Biar papa didik Aira dengan cara papa sendiri.” Balas Tan Sri Megat Miqdad dengan keras.
            Aira menggigil menahan marah. Turun naik nafasnya memandang wajah Tan Sri Megat Miqdad yang masih beriak selamba.
            “Bawa dia!” arah Tan Sri Megat Miqdad lagi. Terus kedua pembantunya mengheret Aira keluar dari bilik bacaan itu.
            “Papa tahu apa Aira akan buat kalau Aira marah. Lepaslah!” Aira menepis tangan kedua pembantu Tan Sri Megat Miqdad dengan kuat. Bergema rumah agam itu dengan suara Aira.
            Tan Sri Megat Miqdad mengekori langkah kedua pembantunya ke tingkat atas. Suara anaknya itu masih memecah suasana rumah agam tersebut. Dia tahu Aira benar-benar marah akan tindakannya. Dia tidak peduli, dia tidak mahu anaknya itu terlibat dalam bidang peragaan.
            “Jaga dia. Jangan sampai dia keluar.” Pesan Tan Sri Megat Miqdad pada pembantunya.
            “Papa! Lepaskan Aira!” Bunyi kaca dan barang yang jatuh mula kedengaran. Tan Sri Megat Miqdad enggan perduli, lantas kakinya diatur ke pintu lif. Anaknya itu perlu diberi pengajaran. Fikir Tan Sri Megat Miqdad.
            Aira terbaring lesu di atas katil, airmatanya tidak henti mengalir sejak tadi, sedikitpun dia tidak menyangka Tan Sri Megat sanggup bertindak sejauh ini. Sangkanya papanya hanya akan memarahinya, tapi kini dia dikurung dalam bilik empat segi ini.
            “Mama, tolong Sara ma..” Aira merintih sendiri, entah kenapa disaat begini rindu pada mamanya semakin membara. Ingin saja dia berlari untuk mencari ibunya itu. Aira menangis semahunya. Sudah kedengaran esak tangisannya tika ini.
            Tiba-tiba Iphonennya berdering. Tanpa melihat nama pemanggil, Iphonenya itu terus diangkat dan diletakkan ke telinga.
            “Sara..” panggil satu suara di hujung sana. Hati Aira semakin diasak sendu bila mendengar suara itu memanggil namanya.
            “Sara, are you okey?” tanya Jemy kedengaran serius, apa saja yang berlaku pada gadis itu tika ini, di luar pengetahuannya. Dari tadi dia diasak kerisauan akan keadaan kekasihnya itu. Andai sahaja dia bisa menamani gadis itu, pasti akan dia lakukan.
            “Jemy..” Aira masih dengan tangisnya, rasanya tidak dapat untuk dia berkata apa-apa. Dia hanya ingin mendengar suara itu.
            Jemy memejam matanya, risau sungguh hatinya. Mendengar tangisan itu, hatinya seolah dipukul. Sekarang dia tak mampu berkata apa-apa, dia hanya mampu mendiamkan diri dan mendengar setiap tangisan Aira yang masih bersisa di corong Iphonenya.
                                                *************
JEMY menangkap gambar terakhirnya. Pantas kakinya menuju ke monitor untuk melihat hasil kerjanya. Rahim dan Azlan saling berpandangan, satu hari Jemy berkerja tanpa rehat. Hari ini Jemy lebih bersikap serius dari biasa, ingatkan dah jadi kekasih orang ni, hilang sikap Harimau Jadiannya itu, rupanya makin menjadi.
            “Apa kena dengan dia tu? Gaduh dengan Aira ke?” soal Azlan kepada Rahim, hairan jugak dia, takkan baru bercinta sudah bergaduh sakan.
            “Entah, takut pulak aku tengok dia. Muka dah macam serigala jadian dah.” Komen Rahim.
            “Next!” arah Jemy. Rahim dan Azlan sudah tercengang. Biar betul dia ni, takkan nak teruskan? Si Mimi pun aku tengok dah tak larat.
            Tanpa kata Mimi bergerak ke belakang studio dengan senyuman. Suka hatinya bila banyak meluangkan masa di studio lelaki itu, sedikitpun dia tidak kisah jika perlu bekerja berat, asalkan dia boleh bersama jemy, lelaki pujaannya.
            Rahim sudah menggeleng kepala dengan sikap model baru Kiki tu, mengada je lebih! Tak tahu ke yang si Jemy tu sudah berpunya, mentang-mentang Aira tak ada, lebih-lebih pulak dia! Omel Rahim geram. Bukan apa, rimas jugak bila terpaksa menyolek minah gedik spesis dengan si Emily tu.
            Sementara menunggu Mimi menyalin pakaiannya, Jemy mencapai Iphonenya. Aira masih tidak membalas satu pun mesej darinya. Jemy memicit kepalanya yang sedikit pening. Sudah seminggu gadis itu tidak ditemuinya. Ini baru permulaan Jemy, jangan mudah melatah. Ada banyak lagi dugaan yang perlu kau lalui untuk memiliki dia. Jemy menyenangkan hatinya, satu persatu nafas dihembus perlahan. Segera dia menyentuh skrin Iphonenya, dia ingin menyatakan sesuatu untuk gadis yang amat dia cintai.
                                             I love & Miss u so much!
Butang send ditekan, segera mesej itu dihantar untuk Aira. Gambar gadis itu yang menghiasi skrin telefonnya dipandang kejap, rindunya pada gadis itu. Lingkaran tangan Mimi yang melingkari di bahu Jemy terus membawa lelaki itu ke alam nyata, segera Jemy mengalih tangan itu. Apa kena dengan si Mimi ni? Jemy memandang tajam kearah Mimi.
“I dah ready, Jom!” ujar mimi penuh menggoda. Walaupun dengan muka serius begitu, Jemy tetap kacak di matanya.
“Depan sana, sini bukan set.” Balas Jemy keras. Kamera terus dicapai lalu berlalu meninggalkan Mimi yang masih terpinga. Mimi hanya mencebik lalu dengan lenggoknya menuju ke set.
Ready?” Jemy menghantar isyaratnya pada Azlan yang berada di tepi set. Azlan menghidupkan lampu dan mengawasi lighting. Dengan tekunnya Jemy terus merakam gambar Mimi. Sebagai model yang terlatih, Mimi tidak perlu diajar untuk sebarang sesi pengambaran, dia sudah sedia maklum untuk beraksi di hadapan kamera.
Pintu bilik studio dikuak dari luar tiba-tiba. Semua mata tertumpau kepada pengunjung yang tiba-tiba munculkan diri di studio. Wajah Jemy sudah berubah kelat, melihat wajah itu, hatinya sudah berentak resah. Atas tujuan apa gadis itu kesitu?
“Jemy, can we talk?” Jemy mengerutkan dahinya, berita apalagi yang perlu dia dengar. Jemy hanya mengangguk, sempat dia mengarahkan Azlan untuk menyambung tugasnya.


No comments:

Post a Comment