Tuesday, June 3, 2014

Bab 26

Tiara mengambil majalah yang berada di dalam beg sandangnya. Nombor telefon yang tertera di dalam majalah tersebut terus didail. Rahim pembantu Jemy menjelaskan di mana lokasi studio mereka, dengan senyuman Tiara memandang kearah Akmal yang masih fokus memandu.
            Cuaca kuala lumpur yang cerah seolah-olah mengizinkan mereka menyelesaikan segala urusan yang dikehendaki. Selepas menempah beberapa meterial untuk rekaan baju pengantin pada sebelah pagi, Tiara mengajak Akmal ke studio Jemy untuk buat temujanji bagi sesi pengambaran nanti. Segalanya ternyata berjalan lancar, mujur saja Akmal tidak banyak soal, hanya mengikut saja kehendaknya.
            “Senyum-senyum dari tadi kenapa?” soal Akmal. Wajah Tiara di sebelahnya dikerling sekilas sebelum memandang ke depan.
            “Terima kasih sebab abang sudi temankan Tiara hari ni.” Balas Tiara segan.
            “Pasal tu ke? Ala, tak ada hal lah.”
            “Mak Cik Lia tahu ke yang abang temankan Tiara hari ni?”
            “Tahu. Dia tak kisah kalau dengan Tiara, suka lagi ada.” Usik Akmal. Wajah Tiara sudah merona merah. Akmal sering mengusiknya begitu. Tak tahukah lelaki itu betapa hatinya berdebar hebat setiap kali kata-kata begitu terbit di bibirnya. Mahu jatuh jantung ni! Akmal tersenyum, suka melihat wajah berona merah Tiara.
            Setelah setengah jam perjalanan, Akmal dan Tiara tiba di studio dua tingkat milik Photographer idaman Tiara, Jemy. Akmal mengerling sekilas kearah Tiara yang nampak panik. Macam jumpa artis pulak! Komen Akmal.
            “Kenapa?” soal Akmal, dia sudah membukakan pintu kereta untuk Tiara.
            “Nervous! Kali pertama ni nak jumpa Photographer tu.” Tisu diambil dan mengelap sedikit peluh yang merenek di dahinya. Akmal tersenyum.
            “Nervous tak pa. Jangan jatuh cinta pulak, merana saya nanti.” Mata Akmal sudah dikenyitkan. Sudah..Tiara kehilangan kata. Yang ini lebih membuatkan hatinya cemas. Akmal..Akmal..Tak sudah-sudah bermain tarik tali dengan perasaanku.
            Akmal dan Tiara beriringan menuju ke studio tersebut. Setelah pintu studio dibuka, tercengang Tiara seketika. Begini rupanya tempat kerja Photographer tersebut, di sinilah lahirnya gambar-gambar bertaraf lima bintang lelaki itu. Tiara makin teruja, makin membara keinginannya untuk menjadikan salah satu koleksi pakaiannya mendapat sentuhan dari photographer idamannya itu.
            “Ya cik, boleh saya bantu.” Sapa satu lelaki yang kelihatan agak lembut sedikit. Tiara terus melemparkan senyuman manis untuk lelaki tersebut.
            “Saya Tiara, yang telefon tadi.” Akmal meliarkan matanya memerhati sekeliling studio photographer terkenal malaysia tu. Kagum sendiri dia, peralatan dalam bilik itu cukup lengkap dengan alat-alat photography.
            “Oh, Cik Tiara. Saya sudah maklumkan pada Jemy, tunggu sekejap ya.” Rahim menghampiri Jemy yang masih sibuk mengambil gambar dua orang model. Tiara melihat sendiri Jemy, lelaki yang segak dengan kamera ditangan itu lebih kacak berbanding dalam majalah. Lelaki yang bernama Jemy itu kelihatan simple hanya dengan mengenakan jean, t shirt berbetuk V dan kot berwarna coklat tua, rambutnya yang sedikit panjang itu diikat kemas ke belakang. Tiara tersenyum sendiri, tak sabar nak berurusan dengan photographer tersebut.
            “Cik Tiara boleh tunggu dia di tingkat atas. Dia nak selesaikan dulu photo shoot tu.” Jelas Rahim. Tiara dan seorang lelaki yang bersamanya tadi dibawa ke pejabat Jemy di tingkat atas.
            Tiara dan Akmal hanya mengikut, sekilas mereka bertemu pandang dengan Jemy. Jemy turut menunduk tersenyum menghormati tetamunya. Tiara tersenyum, tak sombong rupanya photographer itu, murah dengan senyuman! Bisik Tiara.
                                                            ************
AIRA mengarah Mila berhenti di Mid Valley. Dia ingin singgah sebentar di sebuah restoran kegemarannya, Dubu-Dubu Seoul Food yang terletak di Ground Floor shopping complex tersebut. Alang-alang dah tengah hari ni, elok dia bungkus sekali untuk makan tengah hari bersama Jemy.
“Nak saya temankan ke Cik Aira?” soal Mila.
“Tak apalah Kak Mila, saya tak lama. Akak tunggu sini ya.” Pintu kereta segera dibuka. Bergegas dia keluar dan menapak ke shopping complex tersebut. Mila hanya menggeleng kepala, Aira betul-betul mencintai Photographer muda tu.
Larian Aira terhenti bila ada sesuatu yang melanggar tubuhnya. Sejuk pula tu menjalar di segenap badannya. Pantas Aira mendongak, muka lelaki berkulit sawo matang di hadapannya dipandang tajam.
Sorry..” ujar lelaki itu. Matanya masih terpaku memandang wajah cantik di hadapannya. Terkaku dia seketika tanpa menyedari air yang di belinya tadi sudah selamat  menyimbah baju gadis di depannya itu.
Aira tersenyum sinis. Sorry? Matanya memandang kearah bajunya yang sudah bertukar coklat, sudahlah dia menggunakan baju berwarna putih. Makin tajam jelingan diberikan kepada lelaki itu. Aira menggeleng marah, tak guna jugak nak bertekak bila bajunya sudah basah kuyup begini, ditinggalkan lelaki itu yang masih termanggu, dia harus segera untuk membungkus makanan.
“Cik!” panggil lelaki itu. Aira enggan peduli, makin laju langkahnya meninggalkan lelaki tesebut.
“Cik, tunggu!”  tangan Aira ditahan. Terhenti langkah Aira, matanya diarahkan kepada lelaki itu. Berani sungguh dia pegang-pegang tangan aku. Report nanti dengan kekasihku Jemy, baru kau tahu. Tak kenal lagi dengan muka serigala jadian Jemy tu! Sempat Aira mengomel, pantas tangannya direntap dari pegangan lelaki yang tak dikenalinya itu.
Sorry, saya..”
Its okay. Baju saya pun dah kotor, tak perlu nak minta maaf. Saya nak cepat ni. Bye!” Lelaki itu masih tercengang melihat reaksi Aira. Langkah Aira yang semakin laju dipandang dengan senyuman.
                                                        ************

JEMY memasuki ruang pejabatnya setelah lima belas minit dengan photo shoot. Bergegas dia, takut pulak tetamunya itu menunggu lama. Dia sedia maklum akan kehadiran tetamunya itu setelah diberitahu oleh Rahim.
            “Maafkan saya.” Jemy melabuhkan punggungnya di hadapan Tiara dan Akmal. Kamera di tangan terus diletakkan ke tepi.
            “It's okay. Kami yang sepatutnya minta maaf sebab tak buat appoiment dulu.” Balas Tiara.
            “Saya Tiara, dan ini Akmal.” Sambung Tiara lagi. Akmal lantas menghulurkan tangan untuk berjabat, Jemy pula menyambutnya dengan senyuman lantas memperkenalkan dirinya.
            “Saya tahu, dia ni memang berminat sangat dengan Encik Jemy.” Ujar Akmal penuh ramah. Tiara di sisi sudah tersipu malu.
            “Maksud saya, berminat dengan hasil kerja Encik Jemy.” Sambung Akmal lagi dengan diselangi tawa kecil.
            “Tak perlu berencik dengan saya, panggil je Jemy. Oh ya, ada apa yang boleh saya bantu ke?” soal Jemy.
            “Begini, saya berminat sangat dengan hasil kerja Encik Jemy, jadi saya ingat untuk keluaran terbaru butik saya nanti, saya nak minta tolong Encik Jemy untuk ambil beberapa gambar. Bukan apa, kebetulan kami nak keluarkan katalog baru sempena ulang tahun butik tu nanti.” Jelas Tiara dengan panjang lebar. Jemy mengangguk faham.
            “Perlu khimat model ke?” soal Jemy.
            “Rasanya tak, cukup sekadar ambil gambar baju pengantin tu nanti.” Balas Tiara.
            “Bila ulang tahun butik Cik Tiara tu?”
            “Dua bulan dari sekarang.”
            “Rasanya sempat, sebab tak perlu nak uruskan model. Mungkin saya boleh buat shoot di butik tu nanti.” Cadang Jemy. Beberapa keping kertas yang terletak kemas di dalam tray dicapai dan diserahkan kepada Tiara.
            “Cik baca dulu agreement ni. Kalau setuju, boleh sign. Jika ada apa-apa yang perlu diubah suai boleh bagitahu saya.” Tiara menyambut, pantas kertas tersebut di baca dengan teliti.
            Akmal masih leka memandang sekeping poster yang terlekat kemas di ruang pejabat lelaki itu. Mata dan senyuman gadis yang kelihatan cantik dengan gaun panjang bewarna krim itu menarik perhatiannya, apatah lagi dengan sebaris nama yang tercatat kemas di bahagian bawah poster tersebut. Aira Qaisara. Jantung Akmal berdebar hebat.
            Jemy memandang pelik kearah lelaki yang bernama Akmal tersebut, dari tadi lelaki itu tidak menumpukan perhatian kepada perbincangan mereka. Leka sangat lelaki itu memandang gambar Aira yang melekat di dinding pejabatnya itu. Berkerut dahi Jemy.
            “Yes?” soal Jemy bila matanya bertembung dengan mata Akmal. Ingin saja ditanya kenapa begitu asyik lelaki itu memandang wajah kekasihnya.
            “Nothing.” Balas Akmal bersahaja. Terus saja matanya menangkap segulung surat khabar yang terpampang kemas gambar gadis itu. Model? Sara sudah bergelar model? Akmal seolah-olah tidak percaya. Adik perempuannya itu benar-benar bergelar model. Cantik sungguh adiknya itu setelah meningkat dewasa. Matanya diarahkan kearah Jemy, Adakah Sara salah seorang dari model lelaki ni? Bisik Akmal sendiri.
            “Kenapa Abang Akmal?” soal Tiara hairan. Dari tadi lelaki iu seolah-olah berkhayal. Jemy turut memandang kearah Akmal, dia sendiri turut menanti jawapan dari lelaki itu.
            “Tak ada apa-apa. Sudah okay ke?” soal Akmal. Sedaya upaya dia cuba menyembunyikan keresahan di hatinya. Ingin saja dia mencapai surat khabar tersebut dan melihat berita tentang adik kandung yang amat dirinduinya itu.
            Tiara mengangguk, perlahan dia menurunkan tanda tangan di helaian kertas terakhir. Rasanya tak ada apa yang perlu diperbetulkan. Dia cukup berpuas hati dengan syarat perjanjian tersebut. Helaian kertas tersebut diserahkan semula kepada Jemy.
            “Kalau macam tu, pihak kami akan hubungi Cik Tiara dalam tempoh masa terdekat ni. Kita akan bincang lebih lanjut tentang projek ni.” Jelas Jemy. Dia turut menurunkan tanda tangan pada ruang yang disediakan. Satu salinan lagi di serahkan kepada Tiara, dan satu salinan lagi akan berada dalam simpanannya sebagai rujukan.
            Tiara mengangguk setuju. Dikerling sekilas kearah Akmal yang hanya berdiam diri. Kenapa dengan dia ni? Tiba-tiba je berubah laku?
            “Cantik.” Puji Tiara tiba-tiba. Matanya jatuh pada poster seorang model yang tergantung di dinding pejabat Jemy. Akmal dan Jemy sama-sama menoleh. Jemy tersenyum sendiri bila wajah Aira menghiasi ruang matanya. Dia memang cantik. Puji Jemy. Akmal dari tadi memerhati wajah jurugambar muda itu yang mula tersenyum.

            “Dia Aira, salah seorang model saya.” Ujar Jemy. Matanya dikerlingkan sekilas kearah Akmal yang berubah riak. Berkerut wajah Jemy. Kenapa dengan dia ni? Dia kenal Aira ke?

No comments:

Post a Comment