Wednesday, September 17, 2014

Bab 32

“Abang fikir tak apa yang abang buat ni?” soal Datin Laila keras, dia sudah menghenyakkan punggungnya di sisi Datuk Roslan.
            “Saya dah lama fikir, lagipun apa salahnya, budak Aira tu baik.” Balas Datuk Roslan bersahaja. Surat khabar ditanggan dibelek buat sekian kali. Tak pula dia menumpukan perhatiannya pada surat khabar tersebut, cuma untuk melarikan diri dari pandangan tajam isterinya itu.
            “Baik atau tak, saya tak nak keluarga kita ada kena mengena dengan Miqdad tu. Abang ni kenapa? Tak faham-faham lagi ke?” marah Dati Laila. Kenapa susah sangat suaminya itu untuk faham, bahkan suaminya itu tahu kenapa dia bersikap begitu? Dan sekarang Datuk Roslan nak menjodohkan anak mereka dengan anak Miqdad. Datin Laila menggeleng tidak setuju. Tidak sama sekali!
            “Apa salahnya, miqdad tu kawan baik kita.” Bela Datuk Roslan.
            “Tak! Saya tak nak anak saya hidup dengan anak lelaki tak guna tu.” Bantah Datin Laila.
            “Saya dah buat keputusan Laila, lagipun Naz sudah berjumpa dengan budak tu, dan Naz berkenan. Mereka berkawan baik sekarang.”
            “Kenapa abang buat perkara besar macam ni tak berbincang dengan saya dulu. Ini melibatkan masa depan anak kita.” Suara Datin Laila kedengaran lirih. Sedih bila diketepikan begitu.
            “Kalau saya berbincang dengan awak, awak setuju ke?” sinis Datuk Roslan menyoal. Bukan dia tidak kenal perangai degil isterinya itu, kalau melibatkan Miqdad, isterinya tidak akan pernah berlembut hati.
            “Pokoknya, saya tak setuju anak kita dikahwinkan dengan budak tu!”
            “Kalau mereka dah suka sama suka, siapa kita nak menghalang.” Balas Datuk Roslan lagi. Kakinya dibawa ke muka pintu, dia ingin ke pejabat sekejap, ada urusan yang perlu diselesaikan sebelum dia bersara nanti. Datin Laila ditinggalkan termanggu di ruang tamu, sekarang dia perlu melawan kedegilan isterinya itu. Sudah bertahun dia bersabar, kini dia perlu melakukan sesuatu untuk menyedarkan isterinya itu. Langkah pertama, hubungannya dengan Miqdad haruslah dimaknakan, bukan sekadar kawan biasa, mungkin dengan cara menyatukan dua buah keluarga boleh menghilangkan rasa benci isterinya itu. Amin..hanya pada Allah dia bermohon.
                                                *****************
PINTU kaca restoran KFC di tolak dari luar. Jemy dan Aira memilih restoran tersebut untuk makan tengah hari. Sambil berpimpin tangan mereka memasuki ruang restoran yang kebetulan tidak banyak pelanggan hari tu.
            “Awak cari tempat dulu, saya order.” Arah Jemy, Aira hanya mengangguk lantas melangkah. Namun langkahnya terhenti, berkerut daahinya bila jemy masih tidak melepaskan tangannya. Apa kena dengan dia ni? Jemy hanya tersenyum melihat riak wajah Aira, entah mengapa wajah itu serius je hari ni. Selalunya dia yang becok dengan pelbagai cerita.
            “Kenapa?” soal Aira. Jemy sudah merapatkan mulutnya ke telinga Aira dan berbisik sesuatu.
            “Cari tempat yang private sikit.” Jemy sudah memaparkan wajah nakalnya. Sengaja matanya dikenyitkan ke arah gadis itu. Aira tersenyum, lantas dia merapatkan sedikit badannya ke arah Jemy. Pantas saja jarinya mencubit lengan lelaki itu.
            “Sakitlah!” ujar Jemy separuh menjerit.
            “Gatal!” omel Aira, dia melepaskan tangannya dari genggaman Jemy lalu menapak ke tingkat atas restoran tersebut. Kadang-kadang sikap Jemy tu bukan boleh di layan sangat, ada aje modal nak mengusiknya.
            Lamunan Aira terhenti bila terasa jarinya diraih kemas. Segera dia menoleh pandang ke arah Jemy yang sudah menapak duduk di hadapannya.
            “Kentang goreng, burger, dua ketul ayam dan pepsi tanpa ais untuk tuan puteri yang asyik melamun dari tadi.” Usik Jemy, kesemua hidangan makanan itu diletakkan di hadapan Aira.
            “Cepatnya..”
            “Saya kenyit mata sikit je dekat budak perempuan dekat kaunter tu tadi, terus dia ambil order saya, siap bagi kentang goreng free lagi.” Aira sudah mengecilkan matanya. Ni dah melampau. Terus bungkusan kentang goreng diserahkan semula pada Jemy.
            “Aik? Kenapa?” soal Jemy bila kentang goreng sudah tersadai di pinggannya.
            “Tak naklah! Tak sedap.” Ujar Aira, burger daging kegemarannya itu terus dikunyah.
            “Sejak bila pulak jadi tak sedap? Bukan awak memang penggemar kentang goreng ke?”  Jemy makin galak mengusik. Aira..Aira.
            “Tak minat dah..” Aira mencebik. Sengaja dia menjeling Jemy yang sudah tersengih seperti kerang busuk.
            “Kenapa ni?” suara Jemy kedengaran serius. Setiap usikannya tadi tidak mampu membuatkan gadis itu tersenyum. Kentang goreng tersebut diserahkan kembali kepada kekasihnya itu.
            “Kenapa beri saya balik? Tak naklah, nanti marah pulak perempuan dekat kaunter tu bila tahu saya yang makan.” Jemy sudah tergelak.
            “Tak apa, pemberian dari madu mana boleh ditolak.”
            “Ohh, ada hati ya nak main kayu tiga.” Aira mencubit lengan Jemy yang ingin mencapai tangannya.
            “Sakit! Awak ni memang suka main cubit-cubit ya.” Jemy menggosok sedikit lengannya yang kemerahan. Ini yang dia tak berapa nak suka, cubitan kekasih hatinya itu bukan calang-calang. Menyengat hingga ke isi.
            “Siapa suruh awak curang.” Balas Aira.
            “Mana ada. Gurau je lah, tahu pun jealous..” Jemy sudah tersenyum bahagia.
            “Tak kuasalah nak jealous.”
            “Betul ni? Siapa ya hari tu  yang hempas-hempas barang masa kat studio gara-gara jealous dengan Mimi.” Usik Jemy nakal.
            “Ala..cakap orang. Dia pun jealous dengan Rahim dan Azlan. Siap bagi warning lagi tak boleh bercakap dengan diaorang.” Jemy menggeleng lalu tersenyum. Geli hati pulak bila diingat balik saat tu. Dia mahupun Aira sama-sama menyimpan satu rasa, tapi masing-masing tak nak mengaku. Boleh pulak main jealous-jealous! Jemari Aira lalu dicapai dan digenggam erat.
            “I love you so much.” Ujar Jemy tiba-tiba.
            “I love you more” genggaman tangan Jemy dibalas. Seketika mereka saling berpandangan. Aira lantas menghembus nafas berat, sudah berapa hari hatinya tidak tenang, papanya pula asyik mendesak supaya dia selalu meluangkan masa dengan Nazrul. Pening dibuatnya, hendak ditegah lain pulak jadinya. Dia juga takut andai papanya itu dapat menghidu hubungan cintanya dengan Jemy. Sudah sah sahlah Tan Sri Megat Miqdad akan menolak.
            “Kenapa muka muram je dari tadi?” soal Jemy, kentang goreng lantas disuapkan ke mulut Aira. Dia sedia maklum emosi gadis itu tidak berapa baik. Melihat wajah yang tidak tercalit seri itu sudah membuatnya risau sedari tadi.
            “Pening.” Jawab Aira sepatah. Apalagi yang harus dijawabnya, mampukah Jemy faham andai dia bagitahu tentang situasinya tika ini.
            “Tak sihat ke?” Jemy memandang Aira kerisauan. Tangan gadis itu semakin erat dalam genggamannya.
            “Penat. Banyak sangat kerja kebelakangan ni.” Bohong Aira, air pepsi dihirup buat sekian kali, dia melarikan matanya dari berlaga pandang dengan lelaki itu. Kalau tak Jemy pasti dapat membaca pembohongannya.
            “If you you wanna talk about it, I'm all ears...” Jemy hanya memandang Aira sedari tadi. Dia tahu ada sesuatu yang mengganggu fikiran Aira saat ini, Aira bukan jenis orang yang merungut masalah kerja, ada perkara lain yang merunsingkan fikiran gadis itu. Aira memandang Jemy lama, lelaki itu sangat memahaminya. Sedikit sebanyak hatinya tersentuh. Bagaimana mungkin dia melukakan hati lelaki itu dengan berita tentang aturan perkahwinannya, dia tahu Jemy pasti terkilan. Aira lantas mengangguk, dia harus mencari jalan membatalkan hasrat papanya itu. Mahu atau tidak, dia tidak akan membiarkan dirinya dimiliki oleh lelaki lain selain Jemy.
            “Next week, make time for me.” Jemy bersuara lagi.
            “Kenapa?”
            “Saya nak bawak awak pergi JB, saya ada shoot di sana. Bolehlah kita pergi jalan-jalan.” Jelas Jemy. Hanya itu caranya untuk menemukan Aira dengan ibu kandungnya, dia sudah memaklumkan hal tersebut kepada Akmal, dan Akmal juga bersetuju. Apa-apa pun penerimaan Aira nanti, biarlah Allah yang menentukan.
            “Insyaallah.” Balas Aira, memandangkan jadual kerjanya yang tak menentu, dia tak boleh berjanji apa-apa dengan Jemy.
            “Saya harap sangat awak dapat luangkan masa hari tu.” Ujar Jemy penuh berharap. Aira lantas mengangguk, secara tiba-tiba dia meraih tangan Jemy. Kedua belah tangannya mengenggam tangan lelaki itu. Terpana Jemy seketika, hanya pandangan matanya tidak lepas memandang riak wajah Aira yang nyata tidak seperti selalu.
            “Jemy, awak tahukan yang saya sangat mencintai awak?” soal Aira tiba-tiba. Sungguh hatinya benar-benar binggung tika ini, dia amat yakin akan penolakkan papanya atas perhubungan mereka.
            “Ya, dan saya juga sangat mencintai awak. Kenapa ni sayang?” tangannya turut mengenggam erat tangan kecil Aira. Jemy mula diterjah kerisauan, mungkinkah ada sesuatu yang berlaku diluar pengetahuannya.
            “Saya takut, saya takut awak akan tinggalkan saya. Saya tak boleh terima semua tu.” Lirih Aira, tubir matanya mula bertakung.
            “That will never happen! Saya sendiri tak mampu hidup tanpa awak, kenapa tiba-tiba macam ni? Ada sesuatu yang berlaku yang saya tak tahu ke?” soal Jemy cemas. Kenapa emosi Aira berubah sebegitu sekali? Ingin saja dia memaksa Aira menceritakan segalanya.
            “Janji dengan saya, yang hubungan kita takkan putus hanya kerana papa saya. Awak takkan tinggalkan saya hanya kerana papa.” Tangan Jemy semakin erat di genggamannya. Dia inginkan kepastian dari lelaki itu. Dia ingin membuang rasa takut yang menghantui dirinya kebelakangan ini.
            “Saya janji. Takkan ada sesiapa yang akan pisahkan kita, kalau pun kita terpaksa pergi dari sini untuk bersama. I will. Don't worry.”
            “Promise?” Aira mula menarik nafas lega.
            “I promise sayang.” Ujar Jemy, perlahan tangannya menyeka airmata yang mula membasahi pipi Aira. Tidak pernah dia melihat kekasihnya begitu.
            “Apa yang dah jadi?” soal Jemy. Pandangannya menagih seribu penjelasan dari Aira.
            Aira menunduk. Perlukah dia memberitahu segalanya pada Jemy?
            “Sara..” panggil Jemy.
            “Papa, dia nak jodohkan saya dengan anak kawan dia. Dia benar-benar berharap saya berkahwin dengan pilihan dia.” Jemy terdiam sejenak mendengarnya, jadi inilah perkara yang menganggu fikiran Aira kebelakangan ini. Jemy menghela nafas perlahan, hatinya turut terganggu, dia sudah menyangka hal sebegini yang perlu dihadapinya. Mustahil Tan Sri Megat Miqdad menerimanya. Dia bukan ahli perniagaan seperti calon menantu pilihan Tan Sri Megat Miqdad, dia cuma seorang jurugambar yang tak punya apa-apa.
            “Jemy..:” panggil Aira bila sedari tadi lelaki itu diam tak berkutik.
            “Ya?” Jemy seolah-olah baru tersedar dari lamunannya, lantas jawapan apa yang harus dia berikan pada Aira. Dia sendiri buntu. Dia tidak sanggup melihat kekasih hatinya itu dimiliki oleh insan lain. Perlukah dia mengambil jalan singkat menjadikan Aira halal baginya tanpa restu dari Tan Sri Megat Miqdad? Mahukah Aira hidup sebegitu dengannya?


No comments:

Post a Comment