Sunday, September 28, 2014

Bab 34

Mencintaimu Mr.Photographer.



Selesai sesi pengambaran Aira hanya mangikut Jemy. Kereta yang dipandu berhenti di sebuah rumah satu tingkat. Wajah Jemy yang serius dipandang sekilas, rumah siapa pulak ni? Rumah kawan dia ke? Tidak pernah pula Jemy beritahu yang dia ada kawan di Johor.
            “Rumah siapa ni?” malas berteka-teki Aira menyoal terus. Jemy lantas tersenyum, enjin kereta dimatikan, nafasnya dihembus perlahan. Aira yang nak bertemu dengan keluarganya, dia pulak yang panik semacam.
            “Kawan” jawab Jemy sepatah, dia sudah keluar dari perut kereta. Selang beberapa saat muncul Akmal di muka pintu, kehadiran Jemy dan adiknya di situ memang dalam perancangan mereka. Dari kejauhan dia dapat melihat adiknya yang masih berada di dalam kereta. Tak sabar rasanya untuk mendakap tubuh itu. Rindunya menggunung, tak larat rasanya untuk menanggung.
            Nafas Aira sudah turun naik di dalam kereta. Walaupun tempoh masa lima belas tahun memisahkan mereka, Aira tidak lupa pada raut muka abang kandungnya itu. Beribu persoalan yang bernain di kotak fikirannya. Wajah Jemy yang sudah berada di luar kereta dan wajah abangnya dipandang silih berganti.
            Perlahan Aira keluar dari kereta. Matanya tidak lepas memandang wajah abangnya yang masih ralit memadangnya. Adakah ini satu kebetulan mahupun sudah dirancang dari awal? Jemy mengenali abangnya? Apa semua ni?
            “Adik..”panggil Akmal. Ingin dihampiri tubuh itu, namun langkah kakinya terkaku di situ. Bagai nak gugur jantung Aira mendengar panggilan yang sudah lima belas tahun hilang dari hidupnya. Mata Jemy masih tidak lepas memandang kekasih hatinya itu, dia berharap dia tidak tersilap langkah dengan mempertemukan Aira dengan keluarganya.
            Aira menggeleng perlahan, dia memang rindu, tapi..ada sesuatu yang masih berbekas di hatinya. Lantas dia memusing badannya, dia ingin pergi dari situ. Airmata sudah mula jatuh di pipinya.
            “Sara..”satu suara mematikan langkah Aira. Suara yang amat dirinduinya. Ahh, kenapa Jemy membawanya ke sini? Dan sekarang, hatinya telah luka berdarah! Tidak ingin membiarkan hatinya terluka, tanpa menoleh Aira menyambung semula langkahnya. Biar dia merehatkan hatinya sedikit, semua ini terlalu pantas untuknya. Dia belum bersedia untuk berdepan dengan dua insan itu.
Disaat tangannya ingin membuka pintu kereta, ada satu tangan menghalang tindakannya, kepalanya didongakkan, wajah Jemy yang merenungnya tajam dipandang tanpa riak. Makin deras airmatanya memohon simpati Jemy supaya membawanya pergi dari situ. Dia ingin pergi dari situ secepat yang mungkin!
“ Ini rumah kawan saya, tak elok kita pergi macam tu je.” Nasihat Jemy. Jemari Aira digapai kembali, gadis itu memerlukan masa untuk menerima kebetulan ini dalam hidupnya. Mungkin juga dia boleh guna kaedah ini, bisik Jemy. Dia membawa Aira kembali ke rumah itu.
“Jemy, saya..” Aira menahan tangan Jemy, dia belum kuat untuk berdepan dengan semua ini.
We're here because of my friend. Just relax..okay? I'm here with you.” Pujuk Jemy. Bila tiba di hadapan Akmal dan Marlia segera Jemy berbisik sesuatu, lantas Akmal hanya mengangguk bersetuju.
“Masuklah..” ajak Akmal, tangan ibunya terus digapai. Kasihan melihat wajah tua itu yang begitu berharap dapat mendakap anak yang amat dirindui setelah sekian lama. Aira hanya menundukkan wajahnya, semakin kuat dia memegang tangan Jemy. Melihat wajah murung ibunya hatinya sedikit terusik.
“Masuklah Jemy, Sara..” ajak Marlia penuh sendu. Tidak lepas matanya memandang wajah Aira. Rindunya mama pada Sara, lirih Marlia dalam hati.
“Terima kasih mak cik.” Jawab Jemy bersahaja. Ini kali kedua dia menjejaki rumah itu, dan kali ini bersama Aira.
“Duduklah dulu, mak cik nak ke dapur siapkan minum petang. Kebetulan mak cik ada buatkan cucur udang..” Aira menoleh sekilas ke arah ibunya. Cucur udang? Itu kegemarannya. Marlia turut menoleh ke arah anak perempuannya. Ya, cucur udang memang kegemaran anaknya itu. Dia sengaja menyediakan makanan kegemaran Aira.
Akmal dan Jemy hanya menjadi pemerhati. Kedua beranak itu sama-sama memendam rasa.
“Awak tak nak tolong mak cik ke?” soal Jemy sengaja menduga reaksi Aira ketika itu.
“Nak tolong apa? Saya tak pandailah..”
“Tak apalah Jemy, Sara ni memang tak tahu nak buat kerja dapur dari kecil lagi.” Balas Akmal, Aira sudah menjeling abangnya itu. Malunya ‘dipuji’ begitu di hadapan Jemy.
“Ya ke ?” usik Jemy.
            Aira sudah memaparkan muka rajuknya. Dua lawan satu, mana adil! Mendengar tawa Jemy yang sudah memecah, pantas saja tangannya mencubit lengan lelaki itu. Berani ya ketawakan aku..rasakan!
            “Argh..sakit!”
            “Seronok ketawa?” sinis Aira, tajam matanya menjeling Jemy. Akmal di sebelah sudah ketawa, seronok melihat kegembiraan adiknya itu. Kini dia bertambah yakin, adiknya itu dan Jemy memang mempunyai hubungan istimewa.
            Aira terdiam sejenak, sedar dia sudah melebihi batas. Wajah Akmal yang asyik memandangnya dikerling sekilas. Abangnya itu kelihatan lebih matang berbanding lima belas tahun lalu. Aira tersenyum dalam hati, jika dulu dialah yang paling rapat dengan abangnya itu, biarpun kerap bergaduh namun hubungan mereka akrab. Rindunya dia pada saat itu, tapi kenapa bila ada di depan mata dia tinggikan ego untuk mendakap tubuh itu? Ermm..kacak jugak abangku ni, agaknya dah ada makwe tak? Aira tersenyum sendiri, tanpa dia sedar dari tadi dia ralit memerhati abangnya.
            Jemy mengangkat keningnya pada Akmal sekilas, melihat reaksi Aira hatinya tersenyum puas. Berharap plannya yang satu ini berjaya. Dia sengaja mengajak Aira dengan cara begitu, mungkin hati Aira belum kuat menerima, biarlah dulu Aira mengenali dua insan yang lama terpisah darinya. Ralit sungguh dia pandang Akmal, alahai Aira..kalau tidak tahu yang Akmal ni abang kandungnya, mahu dia merajuk seminggu dengan Aira.
            “Assalamualaikum..” suara salam dari luar rumah mematikan khayalan Aira. Segera dia menoleh ke muka pintu, kelibat seorang gadis ayu bertudung menjadi tumpuan semua.
            “Waalaikumsalam” serentak Jemy dan Akmal menjawab. Aira hanya menjawab dalam hati, masih tertanya-tanya siapa gerangan yang bertandang di rumah ibu dan abngnya. Isteri Abang Akmal ke?
            “Eh, Jemy pun ada sekali.” Sapa Tiara tiba-tiba. Terkesima Aira, perempuan ni kenal kekasih aku? Alahai..dia punya senyuman manisnya. Desis Aira sendiri, tajam matanya memandang Jemy. Jemy yang tersedar pandangan cemburu Aira hanya mampu menyembunyikan senyumannya, apa-apa pun kena layan pelanggan dengan baik.
            “Hi Tiara..” tegur Jemy dengan ramah, makin membahang Aira dibuatnya. Oh..patutlah pakai smart hari ni, nak jumpa kekasih baru. Aira mendengus geram.
            “Eh, ini bukan Aira Qaisara ke? Model tu..” Tiara menyoal hairan. Kalau betul, kenapa model yang baru meningkat naik namanya itu boleh berada di sini. Aira tersenyum kelat, siap kenal lagi aku ni model. Aira menggeleng perlahan, menahan rasa je ni. Siaplah si mamat sengal ni aku kerjakan, depan mata boleh pulak main kayu tiga.
            “Sara, inilah Tiara client saya dari JB yang saya cakap hari tu. Dia ni kawan Akmal.” Jelas Jemy, geli hati pun ada melihat reaksi Aira tika itu.
            “Hi, saya Tiara, tak sangka boleh jumpa di sini. Awak lebih cantik dari gambar..” puji Tiara ikhlas, tangannya dihulurkan bersalam dengan kekasih jurugambar itu. Perlahan Aira menyambut dengan senyuman kelat.
            “Aira.” Balas Aira ringkas. Makin membukit persoalan di benaknya.
            “She’s my little sister. My one and only sister.” Sampuk Akmal penuh senyuman. Ternganga mulut Tiara. Adik Akmal? Model terkenal ni adik Akmal?
            “Saya akan ceritakan nanti..” sambung Akmal bila melihat Tiara yang sudah tak terkata, tekejut sangat lagaknya. Di satu sisi, Aira masih memandang wajah abangnya tanpa henti. Terkejut dengan kata-kata abangnya itu, tersenyum sendiri Aira dibuatnya, tersentuh sebenarnya.
            “Okay, mak cik Lia mana?” soal Tiara lagi.
            “Dapur. Sibuk sangat sediakan makanan kegemaran anak kesayangannya tu.” jawab Akmal.
            “Dah datang pun Tiara, mari minum sekali. Maaflah, sebab mak cik susahkan Tiara untuk hantar baju tu.” Marlia tiba dari dapur dengan membawa sedulang minuman petang.
            “Tak susah pun mak cik, kebetulan Tiara pergi kedai hujung sana.” Pantas kakinya menuju ke dapur menolong Marlia mengangkat dua pinggan lagi cucur udang. Aira hanya mampu memandang ibunya tanpa riak, bau cucur udang kegemarannya sudah tajam menusuk hidungnya. Lama sudah tak merasa air tangan ibunya itu.
            “Jemy, Sara mari minum. Mal ajak Tiara minum sekali.” Jemput Marlia, sepinggan cucur udang sengaja disuakan di hadapan anak perempuannya itu.
            “Sara, makan ya. Mama buat khas untuk Sara” secawan air berisi teh susu di serahkan pada Aira. Dengan keluhan nafas berat, Aira menyambut juga. Tanpa kata Aira hanya mengangguk, diambil cucur udang dan digigit perlahan.
            “Jemput minum Jemy.” Ajak Akmal. Sempat tangan kanannya menepuk lembut bahu lelaki itu.
            “Ya,” balas Jemy ringkas, teh susu tersebut turut dihirup perlahan. Aira yang berdiam tak berkutik di sebelah hanya dikerling, lain benar riak wajah gadis itu. Marlia dari tadi sesekali memandang wajah anak gadisnya itu. Aira membesar dengan cantik, dan kini bergelar model. Dalam diam Marlia bangga dengan anaknya itu.
            Satu persatu cucur udang disuap tanpa henti, hatinya yang dari tadi berdebar-debar ditahan sedaya yang boleh. Berdepan dengan ibu dan abangnya membuatkan jiwanya keliru, ingin saja dia pergi dari sini, namun entah kenapa kakinya berat untuk melangkah. Perasaan apakah ini? Tidak memperdulikan yang lain, cucur udang tersebut disuap buat sekian kali, sudah kembung mulutnya. Ahh..!dia tidak perduli, yang penting rasa tidak senang yang singgah di hatinya dari tadi harus dinyah pergi!
            “Ohukk!” dia tersedak tiba-tiba. Cepat cepat tangannya mencapai teh susu di hadapannya dan diteguk rakus.
            “Itulah makan tak ingat dunia..” suara Jemy di sebelahnya hanya dibiar sepi, Marlia menghampiri anaknya.
            “Macam mana boleh tersedak ni” belakang anaknya diurut perlahan. Tanpa sengaja Aira menepis sedikit tangan ibunya, Jemy dan Akmal sudah terpempan dengan tindakan Aira yang tiba-tiba. Wajah Marlia sudah berubah, adakah sudah terlambat untuk dia memiliki hati anaknya itu.
            “Adik!” suara Akmal mula naik senada, matanya masih memanah ke arah Aira. Jemy lantas berpaling apabila mendengar suara Akmal yang mula meninggi.
            “Maaf, toilet mana?” soal Aira, hatinya sudah tak keruan. Perlahan Akmal mengangkat tangannya ke sebelah kiri, wajahnya dipalingkan ke arah lain.
            Jemy menghembus nafas perlahan, tangan Marlia terus digapai dan dibawa duduk di sebelahnya. Wajah Marlia yang masih murung dipandang simpati.
            “Maafkan Sara mak cik, dia tak sengaja. Akmal, maaf ya..” ujar Jemy. Titisan airmata mula membasahi pipi Marlia itu, hatinya sedikit terusik dek sikap anaknya tadi.
            “Mak cik faham kenapa dia bencikan mak cik, mak cik dah tinggalkan dia.” Sendu masih menyelimuti hati Marlia tika itu, serentak itu airmata makin membasahi pipi.
            “Dia tak pernah bencikan mak cik dan Akmal, cuma di perlukan sedikit masa.” Sambung Jemy lagi. Dia sendiri tidak menyangka tindakan Aira yang menepis tangan ibunya tadi. Mungkin saja dia tak sengaja, Aira yang dia kenal bukan begitu.
            “Mama jangan fikirkan sangat, mama macam tak kenal dengan perangai manja anak mama tu. Nanti okeylah dia, Sara tu kan kuat merajuk” pujuk Akmal. Jemy hanya tersenyum hambar, dia tahu Akmal hanya berniat memujuk hati tua itu.
            “Kalau mama nak pujuk Sara, mama masaklah ayam masak merah kegemaran dia, yang tu Mal confirm dia memang cair habislah.” Akmal mula tergelak, Marlia lantas menyeka sedikit airmatanya. Ya, dia tidak boleh berputus asa begitu saja. Hati anaknya itu akan dimiliki lagi.
            “Mama nak masak, nanti Tiara malam nanti makan di sini ya.” Tiara yang hanya berdiam dari tadi terus dikerling sekilas.
            “Maaf mak cik, malam nanti Tiara dah janji dengan umi nak makan malam di rumah.” Tolak Tiara lembut. Marlia hanya tersenyum lantas mengangguk.
            “Jemy, hari macam nak hujan je tu, Jemy dan Sara bermalam di sini je lah ya.” Ajak Marlia. Hari yang bertukar mendung dipandang melalui cermin tingkapnya.
            “Ya mak cik, nanti saya bagitahu Sara.” Jemy lantas bersetuju, semuanya dalam perancangannya. Dia sudah membatalkan jadual shooting untuk esok dan lusa, semuanya kerana kekasih hatinya itu, Aira Qaisara!
           



No comments:

Post a Comment