Friday, October 30, 2015

Special N3 Mencintaimu Mr.Photographer(Part 1)

PART 1
AIMIE ELYAS mengambil kamera Nikon  dari atas meja. Pantas sahaja tangannya. Sebaik sahaja papanya melepaskan kamera tersebut, dia cepat menyambar. Kamera tersebut dibelek. Sebaik sahaja butang berwarna hitam ditekan, Aimie mengarahkan  muncung kamera tersebut ke matanya. Persekitaran restoran tersebut ditilik menggunakan kanta kamera. Sekitar restoran yang kelihatan sibuk dengan pengunjung berada dalam kanta kameranya. Aimie tersenyum sendiri. Seronok. Kerana kebiasaannya, papanya itu tidak akan membenarkan dia menyentuh kamera tersebut. Si bapa dan ibu pula masih sibuk menilik menu.
            “Abang tengok, anak abang buat apa?” si ibu mula sedar. Dia sudah tersenyum. Kelihatan lucu pula melihat anak lelakinya itu sibuk memusing kanta kamera tersebut. Tak ubah seperti papanya!
            Jemy lantas menoleh. Menu terus diserahkan kepada iserinya. Besar matanya melihat anak lelakinya itu semakin rancak memusing kanta kameranya.
            “Aimie?” panggil Jemy pada anaknya itu.
            Serentak itu Aimie terkejut. Tidak semena-mena butang ditekan. Bunyi ‘klik’ kedengaran. Terkejut dia apabila disergah begitu oleh papanya. Aimie melebarkan senyuman. Tersengih dia memandang papa dan mamanya. Dia pernah dimarahi oleh papanya kerana memecahkan kanta kamera. Entah kenapa, sejak dulu lagi Aimie begitu meminati kamera papanya. Sementelah papanya itu selalu membawanya ke studio.
            Jemy sengaja mempamerkan muka serius. Menyakat si anak.
            “Sorry, papa,” balas Aimie pendek. Kamera tersebut masih belum dilepaskan dari tangannya.
            “Anak mama ni nak jadi photographer jugak ke?” tanya Aira. Sengaja dia mencapai jemari suaminya. Bukan dia tidak kenal dengan baran suaminya itu dari dulu. Pantang kalau ada yang menyentuh kameranya. Pasti muka harimau jadiannya itu keluar. Aira ingat lagi panggilan itu begitu tidak asing untuk suaminya itu.
            Jemy mengambil kamera dari tangan anaknya. Belum sempat dia mencapai kamera tersebut mereka dikejutkan oleh suara kecil yang datang dari arah belakang.
            “Execuse me. Awak siapa nak ambil gambar kita?” Aira dan Jemy sama-sama tercengang. Apa tidaknya apabila melihat seorang budak perempuan sedang bercekak pinggang memandang tajam anak lelaki mereka. Mata Aimie tidak berkelip memandang budak perempuan tersebut. Terkejut apabila disergah begitu.
            “Gambar apa? Mana ada!” cepat Aimie membantah. Aira terus memandang suaminya. Jemy pantas mengambil kamera dari tangan anaknya. Butang terus ditekan. Satu persatu gambar ditilik, sehinggalah matanya tertumpu ke arah sebuah gambar budak perempuan yang sedang mengatur rambutnya yang sedikit panjang tersebut. Bibir Jemy pantas mengukir senyum. Sempat dia menunjuk sekejap kamera itu kepada isterinya.
            “Awak jangan nak tipu. Kita nampak awak ambil.” Gadis kecil itu masih melampiaskan rasa marahnya.
            “Hello, awak ingat muka awak tu cantik sangat ke sampai saya nak tangkap gambar awak?!” amboi si Aimie mula naik angin. Apalagi apabila ditengking begitu. Mulalah dia dengan sikapnya yang cepat marah. Memang sebiji perangai papanya!
            Jemy bangun dari tempat duduk. Dia merapati gadis kecil itu.
            “Si cantik manis ni, nama apa?” soal Jemy lembut.
            Gadis kecil itu memandang wajah Jemy tidak lepas. Terkebil-kebil matanya.
            Jemy mengangkat keningnya.
            “Alissa,” jawab gadis itu pendek.
            “Nama pun cantik.” Jemy mencubit sedikit hidung mancung itu. Dia sempat tersenyum memandang anak lelakinya.
            “Maafkan anak pak cik ya. Dia tak sengaja ambil. Dah Alissa cantik sangat,” Jemy memujuk. Aira menggeleng. Mulut semanis gula Jemy!
            “Aimie, minta maaf cepat. Aimie yang salah sebab ambil gambar dia. lain kali, jangan ambil gambar orang tanpa kebenaran,” Aira pula menyampuk.
            Aimie mendengus. Sebaik sahaja matanya menangkap pandangan papanya, terus dia kecut. Lantas dia memohon maaf kepada gadis kecil itu.
            “Macam tulah, jom pak cik ambil gambar.” Jemy mencapai kameranya. Kanta terus dipusing dan dilekapkan di mata kanannya. Gambar gadis kecil yang bernama Alissa terus dirakam.
            Jemy duduk kembali setelah gadis itu berlari menuju ke arah kedua-dua orang tuanya.
            “Aimie tak ambil gambar dia, papa,” Aimie tiba-tiba meluahkan ketidak puasan hatinya. Geram kerana dipaksa memohon maaf kepada gadis kecil itu tadi.
            “Sama macam abang,” sindir Aira sambil diiringi tawa kecilnya.
            Jemy terus memandang isterinya.
            “Amboi, cantiknya bahasa,” tegus Jemy.
            “Papa, mama! Aimie tak ambil gambar dia! lagipun, bukan dia cantik pun!” si Aimie protes lagi.
            “Yang ni, mama kenal sangat ayat siapa. Abang kenal tak?” sinis si isteri lagi. seronok kerana dapat megenakan suaminya itu.
            “Haip! Sayang nak kena dengan abang ke?” marah Jemy.
            Aira terus menutup mulutnya. Menahan tawa yang masih bersisa.
            “Papa!”
            “Okey, dah...dah! Aimie, dengar papa cakap apa. Nak jadi photographer, kena tahu teknik ambil gambar. Walau gambar curi sekalipun, kena nampak perfect. Kalau gambar macam ni, tak berbaloi kalau kena marah macam tadi.” Jemy menyerahkan kamera tersebut kepada anaknya. Gambar yang kabur diambil oleh anaknya tadi dibuka. Melopong mulut Aimie melihatnya.

1 comment: