Monday, November 2, 2015

N3 SPECIAL MENCINTAIMU MR.PHOTOGRAPHER(PART 2)

PART 2

AIRA tergopoh gapah mengheret kakinya melangkah ke studio suaminya. Dia sudah lambat. Sudah pasti dia akan menerima jelingan tajam dan wajah harimau jadian suaminya itu. Siapa tidak kenal dengan sikap panas baran suaminya itu? Dari dulu hingga sekarang masih sama, tidak pernah berubah!
            Aira berlari, tudung di kepalanya sempat dibetulkan. Kerana kerjayanya sebagai pengarah urusan di Aksara Grup dan tugasnya sebagai model sambilan semakin menuntut hampir separuh masanya sebagai isteri dan ibu. Mujur sahaja, Jemy faham akan kesibukannya. Pernah sekali Jemy memintanya supaya berhenti bekerja sebagai model sambilan. Namun, Aira menolak kerana minatnya yang tidak pernah padam dalam dunia peragaan.
            Pintu bilik studio dibuka. Mata Aira cepat menangkap kelibat suaminya yang sedang sibuk mengambil gambar modelnya. Rahim yang melihat sempat mengangkat tangan menyapa isteri majikannya itu. Aira tersenyum, dia terus mengisyaratkan Rahim supaya diam. Tidak mahu menganggu kerja suaminya itu. Dia mengambil tempat di sebuah sofa. Aira duduk melihat Jemy yang asyik dengan kameranya.
            Jemy, suaminya. Masih sama seperti dulu. Tiada yang berubah dari penampilan dan sikap suaminya. Masih segak seperti dulu walaupun sudah beranak satu. Cuma, kali ini rambut Jemy tidak sepanjang dulu. Aira lebih suka Jemy yang berada di hadapan matanya kini. Lebih kemas! Aira menongkat dagunya memandang suaminya. Dari dulu hingga sekarang, dia tidak pernah jemu memandang suaminya itu.
Aira tersedar bila panahan cahaya lensa kamera mengena wajahnya. Sebaik sahaja dia mendongak, Jmey sudah tersenyum ke arahnya. Aira hanya mampu menggeleng. Rasanya, sudah penuh album dengan gambar curinya.
Jemy melangkah menghampiri isterinya. Sempat dia mengucup pipi putih itu. Kebiasaan yang sering Jemy lakukan selain dari menangkap gambar Aira tanpa sedar.
“Kenapa lambat?” soal Jemy sebaik sahaja dia berada di hadapan Aira. Tangannya sudah disilangkan ke tubuh.
“Emm, Sara ada meeting tadi.”
Jemy kerut dahi.
Meeting? Meeting kat mana hari ni. Semalam tak bagitahu pun ada meeting,” Jemy mengecilkan mata memandang isterinya. Kebiasaannya, Aira akan memaklumkan kepadanya terlebih dahulu. Aira tersenyum, menampakkan barisan giginya.
“Bila nak start ni? Jomlah!” Aira menarik tangan suaminya. Sengaja lari dari topik sebenar.
“Pandai betul mengelak. Siaplah nanti!” omel Jemy.
“Hi, Aira!” sapa Rahim dan Azlan serentak. Dua pekerja Jemy yang sentiasa setia bersamanya.
“Amboi, Lan. Bukan semalam Rahim bagitahu yang kau pergi dating ke?” tegur Aira. Dia membuntuti langkah Rahim ke arah rak pakaian di sebelah kanan. Rahim akan menyoleknya terlebih dahulu.
“Apa?” Menjengil mata Azlan memandang Rahim.
Serentak Aira dan Rahim ketawa. Tahu muka Azlan yang sudah merona merah.
“Ni nak shoot ke nak bersembang? Cepat sikit!” Jemy tiba-tba menyampuk dengan muka seriusnya. Aira hanya mencebik. Memang tak sporting langsung suaminya itu!
“Rahim, bagaimanalah kau orang berdua boleh tahan bekerja dengan harimau jadian macam tu. Kalau aku, dah lama aku resign,” balas Aira kecil. Takut pula didengar oleh Jemy. Mahu meletup bomnya nanti.
“Kau jangan tak tahu Aira, aku dengan Azlan dari dulu lagi sumbat kapas dalam telinga. Berkotak-kotak kapas kami beli. Ni, jangan kata kami. Kau tu yang duduk serumah dengan dia,” Rahim pula tidak mahu beralah. Jemy memang bukan bos yang mesra alam. Tetapi, sebagai ketua Jemy merupakan seorang bos yang bertanggungjawab.
Aira berjalan menuju ke set pengambaran. Sempat dia mengerling sekejap ke arah Jemy yang asyik dengan kameranya. Kamera yang tidak pernah lepas dari tangannya! Jemy bangun dari kerusi. Dia berdiri tidak jauh dari Aira yang sudah mula berposing. Aira kini menjadi model pakaian muslimah. Tiada lagi menjolok mata seperti dulu. Sesuai dengan penampilannya yang sudah bertudung.
Jemy melekatkan kamera ke mata. Mencari posisi yang tepat untuk merakam gambar isterinya.
“Seronok mengata abang?” soal Jemy tiba-tiba. ‘klik!’ gambar pertama dirakam.
Aira tersenyum. Masih seperti dulu. Jemy akan mengajaknya berbual setiap kali sesi pengambarannya. Kata Jemy, dia suka begitu.  Bahkan, dengan cara itu dia dapat menghilangkan resahnya apabila menangkap gambar isterinya sendiri. Kata Jemy lagi, dia terlalu cantik walaupun tanpa mekap. Alahai, Jemy memang masih seperti dulu!
“Bila masa Sara mengata abang?” Aira sengaja bersoal jawab.
Jemy senyum.
“Harimau jadian?” sambung Jemy lagi.
Azlan dan Rahim mula gelabah. Dia turut memandang Aira yang sudah tersenyum.
“Abang cepat sikit. Sara nak ambil Aimie dari rumah papa,” Aira tukar topik. Sengaja mengalih perhatian si suami. Belum sempat Jemy membalas, telefon bimbitnya berbunyi. Kamera terus diletakkan ke tepi. Dahi Aira berkerut. Belum pernah suaminya itu begitu. Aira sempat memandang ke arah Rahim dan Azlan yang turut saling berpandangan.
“Sekejap, sayang.” Jemy bergerak menjauhi set. Dia menjawab telefon di hujung sudut studio. Aira kehairanan, wajah Jemy yang serius berada dalam pandangan matanya. Panggilan dari siapa yang begitu penting sehingga Jemy terpaksa melepaskan kameranya? Aira penasaran!


4 comments: