Thursday, November 12, 2015

N3 SPECIAL MMP(MMP)

PART 4




AIRA pantas keluar dari perut kereta. Beg tangan sempat disambar dan disandangkan ke bahu. Selepas menutup pintu kereta, dia berlari anak menuju ke arah rumah besar papanya. Nasib baik papanya baik hati menawarkan diri mengambil Aimie balik dari sekolah, kalau tidak memang mengamuk anak lelakinya itu. Entah kenapa, kesibukkan kerja membuatkan Aira terlupa mengambil anaknya dari sekolah.
            “Mama!” panggil Aime dengan nyaring. Aira pantas mendongak. Berubah terus riak mukanya apabila melihat gerangan yang berdiri di sebelah anaknya itu. Siapa lagi kalau bukan Jemy. Semenjak peristiwa seminggu yang lalu, hubungan mereka semakin renggang. Aira semakin menjauh dan Jemy pula tidak pernah mencari peluang untuk berterus terang dengannya. Aira mengeluh lemah. Dia cuba mengukir senyum kepada anaknya itu.
            “Mama lambat,” bentak Aimie.
            Aira tersenyum, dia menghampiri suami dan anaknya.
            “Sorry sayang. Mama banyak kerja tadi,” jelas Aira. Dia mencium sedikit pipi gebu itu. Aira mendongak sekejap memandang Jemy yang dari tadi tidak lepas dari memandanganya. Hendak menegur, lidahnya terasa berat menutur kata. Akhirnya, Aira hanya mampu memberi senyuman hambar. Baguslah dari tiada!
            “Banyak kerja sekalipun, jangan sampai lupa anak sendiri, Sara,” tiba-tiba Tan Sri Megat Miqdad bersuara dari belakang. Jemy dan Aira serentak menoleh. Dilihatnya papanya itu baru sahaja keluar dari taman mini bersama ibunya, Marlia.
            “Papa, mama,” sapa Aira. Tangan itu disalam kejap. Aira memeluk kejap badan mamanya. Biarpun sering berjumpa. Namun, rasa rindunya tidak pernah berkurang. Perpisahan yang dulu mengajarnya untuk lebih menghargai ibunya itu.
            “Sara ni, kerja tu kerja juga. Anak dan suami jangan lupa,” bebel Marlia pula.
            Aira mengerling sedikit ke arah Jemy yang sudah tersenyum kemenangan.
            “Jemy, Sara. Masuk dulu. Malam ni makan malam di sini. Lagipun, dah lama sangat Sara dengan Jemy tak makan malam di sini,” sambung Tan Sri Megat Miqdad tiba-tiba. Aira dan Jemy saling berpandangan.
            “Emm,”
            “Tak apalah papa, mama. Sara penat. Kami balik ajelah. Lagipun, abang sibukkan?” Aira sengaja menguji Jemy. Sinis pandangan dilemparkan ke arah Jemy yang hanya diam dari tadi.
            “Err, ya papa. Saya ada kerja sikit malam nanti. Lain kali ajelah ya,” Jemy hanya menurut. Tahu benar yang Aira sedang bermain perasaan dengannya. Bukan dia tidak kenal dengan perangai isterinya itu. Seribu macam karenah.
            “Jom balik, Aimie ikut mama ya?” Aira menarik sedikit tangan kecil anaknya tanpa memandang sedikit pun ke arah suaminya. Namun, Aimie pula menarik tangan Jemy. Langkah Aira terhenti. Dia menoleh kejap memandang ke arah anaknya itu.
            “Jomlah kita tumpang kereta papa. Boleh pergi jalan-jalan,” rengek Aimie.
            “Aimie, mama penat. Lain kali mama bawa Aimie jalan-jalan ya?” pujuk Aira tidak mahu berkasar. Jemy hanya menjadi pemerhati. Pemerhati kepada kedegilan Aira yang semakin menjadi.
            “Jomlah mama, kita pergi studio papa. Dah lama tak jumpa uncle Lan dan uncle Rahim,” Aimie masih tidak berpuas hati. Semakin galak memaksa ibunya.
            “Ala, Sara. Apa salahnya tumpang kereta Jemy. Esok panggil Jemy bawa Sara ke sini. Kereta Sara tu, tinggal aje di sini,” cadang Marlia pula. Jauh dari sudut hatinya dia dapat menghidu sesuatu dari riak wajah anak perempuannya. Ada sesuatu yang sedang melanda rumahtangga itu.
            Aira mengeluh. Malas untuk bersoal jawab. Dia mengangkat beg sekolah anaknya dan diletakkan ke dalam kereta. Jemy hanya menggeleng. Aira sedang melancarkan perang dingin kepadanya.
            “Cepat Aimie. Mama penat ni,” panggil Aira keras.
            “Tak nak!” Aimie memprotes keras.
            Aira menghentikan langkahnya lalu memandang anaknya itu.
            “Aimie...”
            “Jom, kita naik kereta mama sama-sama, kan sayang?” Jemy terus memintas. Tubuh kecil anaknya terus diangkat. Aira memandang tajam ke arah suaminya. Itu yang hendak dia elakkan. Dia tidak mahu berada dekat dengan lelaki itu.
            “Sara?” Marlia tiba-tiba bersuara. Apalagi melihat kedinginan anak dan menantunya itu.

            Aira tersedar dari lamunanya. Segera dia berlalu dan menuju ke arah tempat duduk penumpang. Malas untuk berada dalam suasana yang membahang itu.

5 comments:

  1. Replies
    1. Tq dear baby mio sebab masih setia ikut dan komen blog saya.

      Delete
  2. Aduhai.. masih lagi menyampah ngan Jemy.. ngem tau!! KEnapakah kau curang? Oooohhh..i kenot!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dina azahar, haha..jgn marah2 ya..insyaAllah, tak lama lagi kita tahu kenapa Jemy begitu. Tq dear!

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete