Thursday, November 19, 2015

N3 Special MMP(Part 5)

PART 5

“Sayang ingat tak dengan pelukan ini?” soal Jemy lagi.
“Mana mungkin Sara lupa dengan pelukan abang. Semua Sara ingat,” balas Aira, turut membalas rangkulan suaminya itu. Jemy tersenyum. Dia merapatkan bibirnya ke telinga Aira sambil berbisikkan sesuatu.
“Dengar tak?”
“Dengar apa?”
Jemy berbisik lagi. “ I... you.”
Aira tersenyum sendiri. Wajahnya sudah merona merah. Faham akan bisikan suaminya itu. Alahai, Jemy memang sejak dulu sentiasa mendebarkan jantungnya.
“Kalau sayang masih ingat, inilah ayat yang abang bisikkan di telinga sayang sebelum abang ajak sayang berpisah dulu,” beritahu Jemy lagi. “Dan sekarang abang akan selalu bisikkan ayat ni di telinga sayang.”
I love you.” Jemy berbisik lagi ke telinga Aira.
Aira tersentak bila dia terasa bahunya seperti disentuh oleh seseorang. Hilang sudah memorimya dengan Jemy beberapa tahun yang lalu. Semasa dia dan Jemy diambang kebahagian. Masihkah suaminya ingat lagi kenangan mereka atau hanya tinggal sebagai kenangan yang akan pudar ditelan masa.
Aira segera mendongak. Matanya mula memanah pandangan mata seorang gadis yang sedang senyum padanya. Aira hanya melemparkan senyum hambar. Siapa gadis yang datang menyapanya itu.
“Boleh saya duduk?” tanya gadis itu tiba-tiba.
Aira kehairanan. Mengangguk pun tidak. Menggeleng pun tidak. Dia hanya membiarkan gadis itu mengambil tempat di hadapannya. Segelas jus yang masih bersisa disisip seketika.
“Emm, kita saling kenal ke?” soal Aira pula.
Gadis itu kelihatan tidak kekok dan bersahaja saja. Aira pula yang kekok. Si gadis tersenyum sekejap sebelum menjawab pertanyaan Aira.
“Siapa tak kenal, Puan Sara.” Jawapan gadis itu mampu membuatkan Aira tersentak. Terus dia mendongak memandang gadis tersebut. Hanya keluarga rapat yang memanggilnya dengan nama begitu. Siapa gadis ini? Aira mula diterjah kehairanan.
“Saya Erin,” jawab gadis itu lagi.
Aira sekali lagi menggeleng. Erin. Sebaris nama itu sering bermain di bibirnya kebelakangan ini. Mana mungkin dia lupa pada sebaris nama yang mengirimkan mesej rindu pada suaminya.
“Erin?”
“Ya, saya rasa, puan pun kenal saya.” Aira lantas melemparkan senyum sinis. Berani sungguh gadis itu menemuinya. Agung sangatkan cinta mereka hingga membuatkan gadis itu tanpa rasa malu menemuinya?
“Saya kawan abang Jemy. Lebih tepat lagi, kami kongsi minat yang sama. Fotografi. Saya dan dia sama-sama buka Akedemi Fotografi di Australia.”
Tawa sinis Aira meletus. Kenapa selama ini dia tidak pernah tahu kewujudan gadis bernama Erin ini di dalam hidup suaminya?
“Abang Jemy dah ceritakan segala-galanya pada saya. Tentang masalah dia dan puan.”
“Cukup, Erinkan nama awak? Okey, cukup Erin. Saya tak nak dengar apa-apa lagi. Terus terang dengan saya, apa hubungan awak dengan suami saya? Banyak sangat dah awak tahu pasa rumahtangga kami ni.” Aira tidak mampu bersabar. Setiap bait ayat yang kelaur dari mulut gadis bernama Erin itu,mendatangkan amarahnya.
“Saya sukakan Abang Jemy,” jawab Erin pendek. Aira lantas menggeleng. Terus dia berpeluk tubuh, memandang tajam ke arah gadis tersebut.
“Saya juga pernah cintakan dia. Dalam diam. Dan perasaan saya tu, hanya saya yang tahu. Abang Jemy cuma anggap saya sebagai adik. Sebab kami sama-sama bina kerjaya di Negara orang. Hubungan kami tak pernah lebih dari seorang abang dan adik.” Wajah tegang Aira mengendur.
“Bertahun-tahun berada di bumi asing. Kami sama-sama punya minat dalam bidang yang sama. Itu aje yang merapatkan kami. Abang Jemy tak pernah ada perasaan pada saya. Cinta? Puan, percayalah, saya dah buang jauh perasaan itu. Kami tak lebih dari seorang kawan.” Aira diam. Cuba mencerna apa yang baru didengarinya.
“Jemy ke yang suruh awak datang jumpa saya?” tanya Aira setelah sekian lama berdiam.
Pantas sahaja Erin menganguk lalu tersenyum.
“Dia tahu yang puan salah faham akan mesej saya hari itu. Maaflah puan, saya memang selalu usik abang Jemy macam tu. Tapi saya tak ada maksud lain. Dalam hati seorang Jemy cuma ada Sara aje. Itu yang Abang Jemy selalu beritahu pada saya bila dia datang ke Australia.”
“Dah okey ke?” satu suara garau tiba-tiba menyapa mereka dari belakang. Aira tersentak, lantas dia menoleh. Wajah suaminya sudah terpacak di hadapan mata.
“Abang Jemy ni memang pengecut. Tak adalah susah sangat nak jelaskan pada isteri kesayangan abang ni,” balas Erin pula. Aira tiba-tiba mengukir senyum. Jemy terus mengambil tempat duduk di sisi Aira, tangannya dilingkarkan pada bahu itu.
“Abang bukan apa Erin, dari dulu lagi abang memang tak suka nak menjelaskan sesuatu yang remeh temeh macam ni. Dah, sekarang Erin boleh pergi. Nanti abang belanja makan,” ulas Jemy bersahaja.
“Halau orang nampak. Okey, pastikan kali ni bawa isteri abang ni ya. Puan, saya minta diri dulu,” Erin menyapa Aira dengan ramah.
“Err, Erin. Terima kasih,” ujar Aira tiba-tiba. Ada nada bersalah di situ. Tidak tentu pasal dia melancarkan perang dingin dengan suaminya.
Jemy tersenyum memandang Aira.
“Tak ada hal, salah Erin juga.”
“Tahu pun, dah pergi main jauh-jauh,” sampuk Jemy pula.
Aira senyum memandang suaminya. Lama. Dia biarkan pandangan matanya dihidangkan dengan seraut wajah Jemy. Jemy pula angkat kening. Pelik dengan tingkah Aira. Hampir hilang separuh jiwanya bila Aira melayannya dingin. Bercakap tentang Erin. Erin hanyalah seorang kawan baik padanya. Seorang rakan yang boleh dia bercerita tentang minatnya. Mungkin pernah ada rasa suka. Tapi tidak mungkin itu cinta. Cinta dan segala rasanya semua dia serahkan pada isteri di hadapannya ini.
“Kenapa tenung abang macam tu?”
“Emm, sebab Sara fikir kenapalah Sara boleh jatuh cinta dengan Mr.Photographer yang sengal macam abang ni. Kenapa tak jelaskan pada Sara?”
“Sebab abang memang tak suka nak jelaskan benda yang kebudak-budakan macam ni. Bukan style abang, sayang,” balas Jemy, hidung Aira sengaja dicuit.
“Kenapa? Abang pernah ada perasaan dengan dia ke?” soal Aira lagi sengaja mengusik suaminya itu. Jemy berdeham. Pelayan restoran digamit sekejap. Aira sudah mengecilkan anak matanya memandang jemy yang gelabah tidak tentu pasal.
“Abang..” panggil Aira.
“Cappucino satu,” pesan Jemy pada pelayan resoran tersebut.
“Adalah tu!” sambung Aira lagi sambil mencubit lengan Jemy.
“Aduh, sayang. Jangalah main cubit-cubit macam ni. Sakit,” Jemy menggosok lengannya yang sedikit merah akibat cubitan isterinya itu.
“Abang tak jawab soalan Sara.”
“Sayang, abang dengan Erin cuma kawan baik. Mungkin dulu, ya. Abang mungkin pernah tertarik pada dia.” Aira lantas membesarkan anak matanya. Berani sungguh Jemy membuat pengakuan begitu di hadapannya.
“Haip! Dengar dulu sampai habis. Itu sebelum abang kenal Aira Qaisara. Sekarang ni dalam hati abang ada sayang aje. Seluruh hidup abang hanya untuk sayang dan anak-anak kita.” Aira tersenyum mendengar jawapan itu.
Tangan Jemy dipegang lalu digenggam erat.
“I love you, Mr.Photographer!”

“I love..cappucino!” balas Jemy, serentak dia menerima cubitan dari isterinya itu. Cappucino yang baru siap dipesan terus dihirup.

No comments:

Post a Comment