Thursday, November 19, 2015

N3 Special MMP(Part 6-Akhir)

PART 6


“ABANG!” Jemy yang sedang sibuk membelek kamera terkejut mendengar jertitan isterinya dari dalam bilik air. Pantas sahaja dia melepaskan kameranya lalu berlari menghampiri Aira yang masih berada di dalam bilik air.
            “Sayang kenapa?” soal Jemy sedikit cemas.
            Sampai sahaja di bilik air dia dihidangkan dengan permandangan yang paling dia gemari. Dia tersenyum sedikit. Aira hanya mengenakan tuala separa lutut dengan rambut yang masih basah. Wangian pada tubuh itu juga sudah menerobos masukke rongga hidungnya. Naluri lelakinya mula kacau! Bahaya...bahaya. Aira isterinya masih menggodanya seperti dahulu.
            “Abang kenapa? Tengok apa sampai tersenyum macam tu?!” soal Aira sedikit tegas. Pelik dengan tingkah suaminya itu.
            Jemy tersedar dari lamunannya. Segera dia mendongak semula memandang Aira.
            “Tak, sayang kenapa terjerit-jerit?” Jemy kembali ke alam realiti.
            Aira terus mempamerkan senyum. Satu objek di tangannya terus diserahkan kepada suaminya. Jemy pula tanpa bertanya hanya menyambut huluran isterinya itu. Objek itu turut ditenung dekat.
            “Apa ni?” soal Jemy. Dia semakin pelik melihat isterinya yang sudah tersenyum sampai ke telinga.
            “Pregnancy test,” jawab Aira pendek.
            “Haish!” Jemy terkejut. Objek tersebut diserahkan semula kepada Aira.
            “Pengotornya sayang ni,” omel Jemy.
            “Haip! Ambil balik,” paksa Aira. Objek tersebut diletakkan kembali di atas tapak tangan Jemy.
            Jemy hanya menggeleng. Akhirnya dia mengalah. Tidak guna bertegang urat dengan Aira. Dengan hujung jari, dia menyentuh objek yang mempamerkan dua garisan merah.
            “Apa maksudnya ni?” soal Jemy pelik.
            “Pregnancy test,” jawab Aira pula.
            “Ya, abang tahu. Sayang dah cakap tadi. Tapi apa maksudnya dua garisan di sini?” Jemy masih tidak faham. Ini kali pertama dia melihat objek mengesan kehamilan tersebut.
            Aira menghampiri suaminya. Lengan Jemy terus dipaut. Tubuh lelaki itu terus ditark rapat ke tubuhnya. Seperti menggoda lagaknya.
            “Abang kena tunaikan janji abang untuk jaga Sara selepas ni.” Aira masih berkias.
            Jemy pula masih dengan kerutan di dahi.
            “Sekarang abang bukan..” kata-kata Jemy terhenti bila Aira membawa jemarinya menyentuh perut Aira yang masih mengempis itu. Dia seakan-akan tahu maksud di sebalik tingkah isterinya itu.
            “Sara pregnant,” ujar Aira pendek. Jemy seakan-akan hilang kata.
            “Sayang pasti ke?” soal Jemy seakan-akan tidak percaya.
            “Hundred percent!”
            “Yes! Alhamdulillah, terima kasih sayang.” Jemy terus memaut tubuh isterinya dalam dakapan.  Aira hanya membalas dengan senyuman.
            Jemy meleraikan pelukan. Wajah Aira ditatap dengan senyuman. Tanpa isyarat, dia mengucup lembut bibir isterinya itu.
            “Thank you, sayang,” ucap Jemy lagi separuh berbisik. Kegembiraan yang dia rasakan ini tidak dapat dia gambarkan dengan kata-kata. Jemy terus mencapai kameranya dari atas kerusi. Mucung kanta terus dihalakan ke arah isterinya. Wajah Aira yang tersenyum itu terus dirakam. Sekelip mata sahaja dia dapat merakam detik indah mereka.
            “Abang! Sara macam ni pun abang nak ambil gambar?” Aira sudah bercekak pinggang. Kebiasaannya suaminya itu tidak dapat dia halang.
            “Kan abang dah janji nak rakam semua detik dalam hidup kita. Mana tahu kalau abang dah tua nanti, dah nyanyuk dan tak boleh ingat semua benda. At least abang ada gambar-gambar ni untuk abang lihat setiap masa, Terima kasih sayang sebab setia mencintai Mr.Photographer ni.” Jemy tiba-tiba beremosi. Di sebalik rasa bahagia yang dia rasakan kini, ada ketika dia masih takut. Takut andai apa yang dia rasakan ini hanya sementara.
            Aira terus merapati suaminya. Tubuh itu terus didakap. Ya, dia faham perasaan Jemy. Jalan cinta mereka tidak mudah. Tapi, kebahagiaan yang mereka rasakan ini semakin merawat luka lama mereka.
                                                   ************************
6 bulan kemudian...
JEMY sesekali membelek kamera di tangannya. Melihat hasil dari rakaman kameranya. Sesekali bibir itu mengukir senyum. Berbelas tahun berada dalam dunia fotografi dan menangkap beribu gambar. Tetapi, gambar ini adalah gambar yang paling indah dan cantik yang pernah dia rakam.
            Ya. Dia mengenali gadis bernama Aira Qaisara dari satu klik pada kameranya. Dan gambar itu masih berada dalam simpanannya. Sudah begitu banyak gambar Aira yang dirakamnya. Namun, tidak secantik seperti apa yang berada di hadapan matanya sekarang. Aira kelihatan sangat cantik dengan perutnya yang memboyot itu. Dulu, semasa Aira mengandungkan anak pertama mereka. Dia hanya menjadi pemerhati dari jauh. Tetapi kini dia tunaikan hasratnya, dia ingin merakam setiap detik menanti kelahiran anak kedua mereka.
            “Papa, cepatlah!” suara Aimie yang tiba-tiba menyapa membawa Jemy kembali semula ke alam nyata. Dia lantas mengukir senyum memandang permata hatinya itu. Aimie lambang cinta mereka yang penuh halangan.
            “Ya, ya. Papa datanglah ni.” Jemy lantas membetulkan kamera. Kamera DSLR diletakkan di atas stand. Butang ditekan. Sejurus itu Jemy terus berlari menghampiri keluarga kecilnya. Berdiri di sebelah isterinya. Tubuh itu terus dipeluk.
            Aira mendongak memandang suaminya. Senyuman diukir.
            “Abang,” panggil Aira.
            “Hmm?” Jemy turut memandang Aira.
            “I love you, Mr.Photographer,” sambung Aira. Tidak sampai beberapa saat bunyi ‘klik’ kamera kedengaran. Lantas gambar kecil mereka dirakam.
            Jemy senyum.
            “I love you too,” balas Jemy.

                                                            T.A.M.A.T


P/S YEAY!!! happy ending. seperti yang saya janjikan, happy ending buat mereka. Macam mana okey x? kalau tak okey dan tak menepati citarasa semua harap maafkan ya. yang sebenarnya, saya tak pandai buat sambungan atau entry pendek, dan MMP adalah cubaan pertama saya buat anda semua yang meminati MMP versi cetak.
Segala salah silap dalam N3 pendek ini harap dimaafkan ya. Yang baik datang dari Allah dan yang buruk dari saya sendiri. Semoga dapat mengubat kerinduan anda ya pada Jemy dan Aira. Alhamdulillah saya senang hati dan bersyukur kerana dapat menamatkan kisah mereka. Harap semua terhibur ya.

6 comments:

  1. Weeeeee... i lioke!!! BArulah hati x kuciwa... ahaks

    ReplyDelete
  2. Nak beli lah nnti novel ni. Best!!! πŸ‘πŸ‘ Kat TV dah ade drama series nyer.. X sabar nak tgk citer tu πŸ˜†πŸ˜†πŸ’•

    ReplyDelete
  3. Wow...maraton citer ni satu hari..best sangat2..and now x sabar nk tunggu episod seterusnyaa..

    ReplyDelete
  4. Wow...maraton citer ni satu hari..best sangat2..and now x sabar nk tunggu episod seterusnyaa..
    Hebat syafiq kyle bawa watak jemyπŸ˜„!

    ReplyDelete